January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


LONDON 7 Nov. – Jose Mourinho telah cuba didekati oleh Paris Saint-Germain bagi memujuk warga Portugal itu meninggalkan Manchester United.

Wakil Mourinho telah bertemu dengan kelab gergasi Liga 1 itu selepas memberi bayangan bahawa dia berminat untuk membimbing kelab tersebut pada masa depan, bulan lalu.

“Buat masa ini, terdapat sesuatu yang istimewa di Paris. Magis, kualiti, remaja, ia cukup hebat,” kata Mourinho.

Komen yang dikeluarkan oleh Mourinho itu nyata tidak diterima baik di Manchester, lebih-lebih lagi kelab itu kini keciciran lapan mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City yang diterajui oleh Pep Guardiola.

Walaupun dia menyatakan minatnya itu secara terbuka, Mourinho memaklumkan kepada kelab Paris tersebut bahawa dia benar-benar komited terhadap tugasnya di United, menurut laporan akhbar Britain, The Sun. – AGENSI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons