December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


SELEPAS kematian Putera Mansour bin Muqrin dalam satu insiden helikopter terhempas berhampiran sempadan Yaman semalam, Jemaah Diraja Arab Saudi mengesahkan pula kematian seorang lagi iaitu Putera Abdul Aziz bin Fahd.

Punca kematian didakwa akibat berbalas tembakan dengan pihak berkuasa yang mahu menangkapnya.

Beberapa sumber berita melaporkan putera itu maut ketika kumpulan pengawal peribadinya berbalas tembakan dengan pihak berkuasa Arab Saudi.

Sumber berita Arab Saudi, antaranya alithadnews.com melaporkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jemaah Diraja Arab Saudi, yang mengumumkan kematian putera muda Abdul Aziz bin Fahd bin Abdul Aziz Al-Saud pada umur 44 tahun.

Kejadian itu berlaku selepas 11 orang Putera Arab Saudi termasuk hartawan terkenal Putera Alwaleed bin Talal serta berpuluh menteri dan bekas menteri ditahan di negara itu pada hari Sabtu malam selepas pembentukan jawatankuasa anti rasuah oleh Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud.

Putera Abdul Aziz merupakan anak bongsu Raja Fahd. Ini bermakna keluarga diraja Arab Saudi telah kehilangan dua orang puteranya dalam masa tidak sampai 24 jam.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons