December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


LONDON 7 Nov. – Perjalanan karier bola sepak Andrea Pirlo berakhir hari ini selepas dia menggunakan Twitter untuk mengumumkan persaraannya secara rasmi, sambil mengucapkan terima kasih kepada kelab Major League Soccer (MLS) Amerika Syarikat, New York City FC (NYFC) kerana memberi peluang menjalani ‘pengembaraan’ terakhir.

Legenda bola sepak Itali berusia 38 tahun itu dibawa masuk sebagai gantian pada minit ke-90 dalam aksi playoff MLS menentang Colombus Crew, namun gagal menjadi inspirasi kepada pasukannya untuk melayakkan diri ke saingan Conference Akhir.

Kecederaan menghadkan penampilan Pirlo musim ini dan bekas bintang tengah Juventus yang membawa Itali merangkul Piala Dunia 2006 itu hanya beraksi dalam 16 perlawanan.

“Perlawanan terakhir di MLS. Masa saya di NYFC tiba di penghujung dan saya mahu meninggalkan beberapa kata-kata.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua atas kebaikan dan sokongan yang ditunjukkan kepada saya sepanjang berada di bandar raya yang menakjubkan ini.

“Terima kasih kepada penyokong yang hebat, terima kasih kepada barisan kejurulatihan dan semua yang bekerja di belakang tabir. Terima kepada rakan-rakan sepasukan.

“Bukan sahaja pengembaraan saya di New York tiba di penghujung, malah perjalanan saya sebagai pemain bola sepak juga sudah berakhir. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga serta anak saya kerana sentiasa menyayangi dan menyokong saya,” tulisnya dalam Twitter.

Selain pernah membantu Itali menjulang Piala Dunia, Pirlo juga telah beraksi dalam 116 perlawanan bersama skuad kebangsaan negaranya.

Dia memulakan karier bola sepak di Brescia, sebelum beraksi buat Inter Milan, AC Milan, Juventus dan menyertai MLS, dua tahun lalu. – AGENSI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons