December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus



Oleh : Tuan Pengerusi Zakaria Malik.

Bismillahhirrahmannirrahim dengan izin Allah barulah dapat saya menulis di sini setelah sibuk dengan menghadapi bencana semasa dan selepas banjir. 

Saya amat berbangga mempunyai ahli-ahli jawatankuasa dan penduduk-penduduk Taman Free School yang sama-sama memberi bantuan di masa yang amat genting dan apa yang di lakukan oleh bilal kami dan juga beberapa anak kariah yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di waktu yang sangat genting di antara jam 3 pagi hingga 5 pagi bergelut dengan air yang deras dengan menggunakan bot tanpa enjin yang dipunyai oleh salah seorang penduduk di situ. 

Kalaulah di waktu itu ada orang ambil gambar barulah orang-orang yang memberi komen-komen negatif akan faham keadaan sebenar kenapa orang-orang yang diselamatkan di tempatkan di surau dan ada yang terpaksa membuka baju di sebabkan kesejukan melampau. Di surau sendiri di tingkat bawah habis rosak permaidani yang baru dipasang dan alat siarraya. 

Pakaian yang ada di surau pun hanyalah telekung, kain pelikat, kain ihram. Jadi dalam bergelut dengan keadaan air yang deras kami lakukan apa yang terdaya dengan niat manusia itu semua sama ciptaan Allah swt. Mana tahu Allah akan bagi hidayah pada orang-orang yang dibantu. 

Bukan setakat manusia tapi anjing pun kami selamatkan dan dibiarkan di perkarangan surau sehingga air surut kerana anjing pun ciptaan Allah swt. Malah di waktu pagi semasa tiada bantuan yang datang kami gunakan wang poket sendiri untuk membeli makanan untuk mangsa banjir dan orang-orang yang membantu. 

Terima kasih juga kepada semua pihak-pihak dan jabatan yang datang memberi bantuan seperti JPAM, Jabatan kebajikan masyarakat yang datang memantau dan memberi bantuan makanan sehingga kelmarin, Tentera Diraja Malaysia yang sehingga hari ini memberi bantuan pembersihan dan juga memberi bantuan peralatan dan makanan kepada penduduk yang terjejas. 

Terima kasih juga kepada Dato Seri Hishamudin dan juga YB Jagdeep di atas kehadiran ke tempat kami.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan ke surau kami bolehlah memasukkan terus ke akaun surau di : 

Bank Rakyat
Akaun bernombor 220721196797 
atas nama Madrasah Al-Diniah Surau Taman Free School. 

Sumbangan diperlukan untuk mengganti permaidani dan peralatan yang rosak.
Saya akhiri coretan saya dengan harapan kita buktikan pada dunia yang rakyat Malaysia masih boleh bersatu ketika saat diperlukan tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

———-

Selepas dikritik Zamihan memadam status Facebook

Berikutan penyebaran gambar non muslims yang tumpang berteduh di surau kerana menyelamatkan diri daripada banjir, penceramah kontroversi Zamihan Mohd Zin di laman Facebooknya menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Malahan ia tidak wajar dikategorikan sebagai darurat kerana masih ada iktiar lain untuk keperluan mereka (membantu).

Bagaimanapun status Zamihan itu tidak lagi boleh diakses menerusi facebooknya selepas kenyataan tersebut dilaporkan secara berleluasa oleh beberapa portal berita tempatan.

Dan rata-rata netizens yang memberikan respon tentang perkara tersebut, samada muslims mahupun non muslims tidak menyokong kenyataan Zamihan itu.


Respon Ustaz Firdaus Wong




Sebenarnya apabila melihat tindakan muslims yang menyelamatkan mangsa banjir yang berbeza agama dan menempatkan mereka di surau, yang terdetik di hati kita inilah keindahan Islam. 

Entah bagaimana sesetengah muslims ada yang lebih gemar memberikan sangkaan buruk. Mungkin itulah agaknya ciri-ciri seorang muslim yang ektremis. 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons