December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Bukan skendal di Bali saja…

Ada sorang lebai Ahli jawatankuasa Perasan Aku Suci menuduh bahawa:

1) Pendedahan klip video Tan Sri Dzulkifli itu adalah tindakan bacul, keji dan tidak bermaruah.

2) Lebai Perasan Aku Suci ini kata, SPRM berada di landasan tepat bagi memerangi rasuah; pelbagai siri tangkapan yang dilakukan; antaranya  ialah  tangkapan yang melibatkan 1.5 bilion ringgit di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Mangsa yang ditangkap termasuk pegawai kerajaan, Exco kerajaan dan bekas menteri. 

3) Usaha Tan Sri Dzulifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu diberikan sokongan berterusan. 

4) Klip video tersebut mengulangi skrip klip video lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan menjatuhkan dan mengaibkannya. Malah, pemimpin PAS pernah terpalit dengan video serupa.

5) Klip video ini sebagai usaha menyingkirkan Tan Sri Dzulkifli dari kedudukannya. 

6) Jika benar beliau terpalit dengan skandal peribadi itu, pihak terbabit sepatutnya melaporkan kepada pihak polis. Biarkan PDRM siasat dan ambil tindakan.~ sumber

 Wahai Lebai Perasan Aku Suci, siapakah yang lebih bacul, keji dan tidak bermaruah menyundal bini orang? Orang yang mendedahkan kerja mungkar itu atau yang melakukan mungkar tersebut?


 Lebai Perasan Aku suci mendakwa SPRM berada di landasan tepat bagi memerangi rasuah dan usaha Tan Sri Dzulkifli itu diberi sokongan.

  Terlebih dahulu kita tumpukan kepada persoalan pokok tentang tanda tanya “Adakah  syetan dalam vdo itu KP SPRM?”

Apabila tersibar
vdo ini yang kononnya mendedahkan KP SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama dengan seorang wanita di Bali, maka seluruh negara bertanya… betul atau tidak Datuk Dzulkifli terpalit skandal dengan isteri orang sampai bercerai berai?

 Vdo tersebut mendedahkan 3 perkara yang asas mengenai keabsahan adanya skendal tersebut :

1) Mengenai lawatan kerja KP SPRM ke Jakata Indonesia pada 27/7/2017

2) Mengenai KP SPRM tiba di lapangan terbang Ngurah Rai, Bali pada 28/7/2017 bersama isteri orang, membeli belah bersama, tinggal ditempat penginapan yg sama di Villa 4, Villa Kubu Bali

3) Mengenai keberangkatan mereka pulang ke Malaysia pada 30/7/2017

Minat orangramai untuk mahu tahu keadaan yang sebenar sebab Tan Sri Dzulkifli bukan calang-calang orang. Dia adalah kepala kepada satu agensi penting kerajaan yang diamanahkan untuk mempastikan negara ini bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Dia pernah mendeklamasi sajak “Demi Allah Akan Aku Jaga Integriti ini” dengan penuh semangat yang berdegar-degar…
Dia pernah naik mimbar dan berkhutbah di masjid… tetapi tiba-tiba vdo tersebut menggambarkan Tan Sri Dzulkifli sebenarnya adalah seekor syetan bertopengkan manusia!

Maka ramai yang menggesa supaya Tan Sri Dzulkifli tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut. Mereka mahu tahu adakah syetan yang ada dalam vdo itu adalah KP SPRM?

Namun apabila Tan Sri Dzulkifli tampil membuat penjelasan, beliau gagal untuk menghilangkan keraguan orangramai dan tanda tanya tesebut.

Ketika mengulas mengenai dakwaan beliau terbabit dalam  hubungan sulit dengan isteri orang, beliau berkata:

 “Saya tidak akan tunduk terhadap serangan berbentuk peribadi. Saya tetap bertekad untuk memerangi rasuah. 

“Kami akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab kami untuk mempastikan Negara ini bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa. 

 “Tuduhan yang dilemparkan adalah tindakan yang kotor dan keji dengan niat untuk merosakan reputasi saya dan usaha SPRM dalam memerangi rasuah” 

Vdo yang berdurasi 1.36 minit itu mengambil masa hanya 33 saat sahaja menyiarkan kenyataan diatas. Masa selebihnya menceritakan tentang tangkapan kes rasuah air di Sabah.

Tan Sri Dzulkifli tidak terus menjurus menjawap kepada persoalan pokok tentang tanda tanya “Adakah  syetan dalam vdo itu KP SPRM?” Susah sangatkah nak jawap soalan itu?

 Adapaun penangkapan dan soalsiasat terhadap Shafie Apdal dan 10 pegawai politik dari Warisan oleh SPRM, itu adalah contoh yang jelas mengenai diskriminasi SPRM dan penganiayaan terpilih di mana SPRM telah dijadikan alat oleh Najib yang bertujuan untuk melemahkan parti pembangkang, Warisan. Ini adalah terhadap penentang gabungan UMNO / BN.

Perlu diingat bahawa Tan Sri Dzulkifli adalah orang kanan Apandi Ali di Pejabat Peguam Negara sebelum dilantik jadi KP SPRM.

Sidang akhbar 26 Jan 2016 Peguam Negara,
turut serta Dzulkifli Ahmad 

 Beliau bertanggungjawap malah turut menyiapkan Laporan Media pada Januari 2016 yang dibacakan oleh Apandi kepada wartawan dalam sidang media yang membersihkan nama Perdana Menteri DS Najib Razak dari tuduhan yang melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Tindakan tersebut menyebabkan bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Bahri yang telah memainkan peranan penting menyiasat SRC dan mendapati RM42 juta dananya ditemui pada akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak , berasa keciwa lalu memilih bersara awal walaupun boleh terus bertugas tiga tahun lagi.~ sumber

Setelah melihat klip vdo ini, (saya telah jelaskan diatas), ternyata ianya tidak sama sebagaimana dakwaan Lebai Perasan Aku Suci. Adapun klip vdo yang kononnya Anwar itu adalah kabur dan pemimpin veteran Pas jelas ada adegan lucah.



Tapi saya percaya, kalau pihak yang bertanggungjawab tidak segera mengambil tindakan menyiasat secara tuntas, vdo lucah Tan Sri Dzulkifli pasti akan diviralkan. Saya yakin kerana penaik vdo itu telah memberi amaran berupa gambar ranjang yang cadarnya dalam keadaan berserabut, tidak dikemaskan… tentu ada adegan panas…



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons