January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Dendam kesumat ‘self proclaimed Top Dog’ Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tiada kesudahan. Dalam usia senja menanti Malaikat Izrail datang menjemput, mulutnya sentiasa berzikir memaki hamun Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. 

Terbaru, Tun Dr Mahathir pura-pura terkejut dan terkilan apabila Perdana Menteri mengucapkan “Kepala Bapa Kau!” di dalam perhimpunan bersama pimpinan parti MCA. 

Setidak-tidaknya Perdana Menteri ada meminta maaf sejurus kemudian. Keduanya, pasti Tun Dr Mahathir tahu bagi orang utara, tidak ada masalah dengan perkataan ‘kepala bapa kau’. Masih ingatkah filem P Ramlee Labu Labi yang terkenal dengan dialog, “ini kepala bapak kau, ini kepala bapak aku, kalau kau berani pijaklah.”

CTS lagi tidak sangka seorang tua berumur 92 tahun seperti Tun Dr Mahathir boleh menghina dan merendahkan isteri Perdana Menteri di depan khalayak ramai dengan menggelar DS Rosmah Mansor sebagai pendek, gemuk, jalan senget macam gearbox rosak. Baca di sini.

Lagi CTS tidak sangka orang tua ini boleh mengubah nama DS Najib Tun Razak sebagai Najis dalam ceramah beliau. Perdana Menteri tidak pernah sekalipun menghina Tun Dr Siti Hasmah, Perdana Menteri tidak pernah menghina keturunan Tun Dr Mahathir. Yang Tun sakit hati sangat sebab apa?

Top Dog Pakatan Harapan ini seorang yang mudah lupa. Kalau ditanya hari inipun beliau akan kata, “Saya tak ingat”. “Saya tak diberitahu”. 5 hari sebelum beliau membuat kenyataan di atas di dalam laman sosial Twitter beliau, Tun Dr Mahathir ada menulis kepada Duta Indonesia, DS Zaharin Mohamed Hashim. 

Di dalam surat bertarikh 01/11/2017, baca di bawah, Tun Dr Mahathir telah sekali lagi memfitnah, mengelar, memanggil dan mengungkapkan kepada Perdana Menteri perkataan penyangak (crook) dan penyamun besar. DS Najib Razak tidak pernah dibawa ke mana-mana mahkamah dan didakwa di atas apa-apa tuduhan mencuri dan merompak. 

Hati busuk Tun Dr Mahathir memfitnah Perdana Menteri tanpa dapat mengemukakan sebarang bukti amat dayus dan pengecut. Saya doakan agar Tun Dr Mahathir tidak meninggal dunia dalam keadaan hina. Nauzubillah hi minzalik. Pohon Tun Dr Mahathir hayati video di bawah:



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons