December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PATTANI 8 Nov. – Pasukan keselamatan Thailand menembak mati dua lelaki dipercayai anggota kumpulan militan dalam kejadian berbalas tembak di Kampung Chok Bo, Saiburi di sini, hari ini.

Ketua Ranger Kompeni ke-44 Saiburi, Kolonel Phumipat Bunreangkhao berkata, kira-kira 30 anggota keselamatan telah mengepung sebuah rumah di kampung berkenaan mulai 4 pagi waktu tempatan.

“Kepungan itu dilakukan selepas mendapat maklumat perisikan bahawa dua lelaki yang mempunyai waran tangkap bersembunyi di rumah berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya lagi, berlaku tembak-menembak apabila ketua skuad keselamatan berusaha memujuk kedua-dua suspek itu supaya menyerah diri menggunakan pembesar suara.

Selepas insiden tembak-menembak itu terhenti, menurut beliau, anggota keselamatan menemui mayat Alias Dahamea, 28 dan Qaddafi Samasae, berumur 23 tahun serta dua pucuk pistol 9mm di sisi mayat kedua-dua lelaki itu.

Katanya, pihaknya percaya kedua-dua suspek itu terbabit dalam insiden letupan bom pada 22 September lalu yang mengorbankan empat anggota tentera. – BERNAMA




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons