December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

SHAH ALAM: DUN Selangor hari ini menolak usul tergempar daripada ADUN
Barisan Nasional yang mahu membahaskan isu kenyataan Tun Dr Mahathir
Mohamad yang didakwa menghina keturunan Bugis.

 

Speaker DUN, Hannah Yeoh menolak usul itu bagi memberi keutamaan kepada
perbahasan Belanjawan Selangor 2018 yang perlu dibahas dan diluluskan
dalam tempoh 4 hari.

 

Usul itu dicadangkan ADUN Kuang, Datuk Shukur Idrus untuk mendesak
Selangor menghalang Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menggunakan
mana-mana premis milik kerajaan negeri dan mahu polis tidak mengeluarkan
permit ceramah kepada bekas perdana menteri itu.

 

Dalam usul yang diserahkan kepada Speaker semalam, Shukur berkata ia demi menjaga maruah dan kedaulatan Selangor.

 

“Usul tergempar ini akan menganggu tempoh perjalanan aturan urusan
mesyuarat yang memerlukan RUU Pembekalan 2018 diluluskan dalam tempoh
masa yang ditetapkan mengikut peraturan mesyuarat tetap Dewan Negeri
Selangor,” kata Hannah.

 

Hannah yang juga ADUN Subang Jaya berkata, DUN Selangor menjunjung
titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, maka DUN tidak akan
mencampuri perkara itu memandangkan siasatan polis terhadap kenyataan
Dr Mahathir itu masih berjalan.

 

Beliau juga berkata premis milik kerajaan negeri yang boleh disewakan
kepada orang awam tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dan syarat itu
dikenakan ke atas semua pihak.

 

Dalam perhimpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokarasi di Padang
Timur 14 Oktober lalu, Dr Mahathir menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak mungkin berasal daripada lanun Bugis yang sesat ke Malaysia
dan memintanya balik ke Bugis.

 

Ekoran kenyataannya itu, pelbagai pihak termasuk yang mewakili
masyarakat etnik tersebut mendesak Dr Mahathir supaya memohon maaf
secara terbuka dan menarik balik kata-katanya.

 

Bagaimanapun, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) menafikan beliau menghina seluruh keturunan Bugis. 

 

Sultan Sharafuddin baru-baru ini menzahirkan rasa kecewa dan murka
ekoran tindakan mantan perdana menteri itu dan bertitah kenyataan
sedemikian boleh mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons