December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


HARGA petrol naik sebanyak 6 dan 7 sen bagi setiap liter mulai tengah malam ini (9 November 2017) bagi RON95 dan RON97 dilaporkan sebagai kenaikan paling tinggi sejak sistem harga mingguan bahan api itu diperkenalkan.

harga minyak minggu ini

Ini bermakna harga jualan setiap liter petrol jenis RON95 dinaikkan kepada harga RM2.31 dan RON97 pula berharga RM2.60 bagi setiap liter.

Harga tertinggi sebelum ini pernah dicatatkan sejak sistem harga mingguan diperkenalkan ialah RM2.27 per liter bagi RON95 dan RM2.54 per liter bagi RON97 pada 20 April 2017.

Bagi harga diesel pula, mulai tengah malam ini bahan api itu akan mula dijual pada harga RM2.20 seliter — kenaikan sebanyak 3 sen.

Harga jualan diesel sebelum ini pernah mencapai paras tertinggi pada 20 April 2017 iaitu RM2.21 seliter. Ini bermakna kenaikan kali ini merupakan yang kedua tertinggi selepas sistem harga mingguan diperkenalkan.

Sistem penetapan harga minyak secara mingguan mula dilaksanakan sejak 30 Mac lalu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons