December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


SUNGAI PETANI 8 Nov – Jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan di tiga daerah di Kedah tengah hari ini terus menurun kepada 299 mangsa daripada 75 keluarga, berbanding 342 mangsa daripada 87 keluarga pagi tadi.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, dua lagi pusat pemindahan ditutup iaitu Dewan Kampung Sungai Pial, Merbok dan Surau Teluk Binu, Sidam Kanan.

“Pusat pemindahan yang masih beroperasi ialah di Dewan Taman Setia Budi, Pekula, daerah Kuala Muda, yang menempatkan 55 mangsa daripada 13 keluarga; dan di Surau Kampung Baru Jemerli, Merbau Pulas, daerah Kulim (31 mangsa, enam keluarga),” katanya.

Beliau berkata di daerah Pendang pula, satu pusat pemindahan di Dewan Rakan Sukan, Mukim Ayer Puteh, masih menempatkan 213 mangsa daripada 56 keluarga.- BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons