December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


 

 

BUTTERWORTH: Banjir di negeri ini semakin pulih apabila jumlah mangsa
di pusat pemindahan dilaporkan semakin berkurangan sehingga tengah
hari.

 

Ketika ini, seramai 3,439 mangsa daripada 861 keluarga masih
ditempatkan di 18 pusat pemindahan di daerah Seberang Perai Utara (SPU)
dan 12 pusat pemindahan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

 

Kebanyakan mangsa mula pulang ke rumah masing-masing awal pagi tadi
selepas air mulai surut berikutan cuaca baik sejak semalam.

 

Ketua Polis SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata
daerah ini menempatkan jumlah mangsa banjir paling ramai di Pulau
Pinang, namun menjangkakan angka itu berkurangan sekiranya cuaca baik
berterusan.

 

“Setakat pagi tadi, hanya Jalan Lahar Yooi-Padang Menora masih
ditutup, manakala semua laluan yang terjejas sebelum ini sudah dibuka
sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons