December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


 Petang kelmarin YB Hanipa dan YB Raja Kamarul Bahrin membuat laporan qazaf ke atas Yb Tambun Husni Hanadzlah yang menuduh DSAI kononnya meliwat anak saudara beliau semasa beliau berbahas bajet di Dewan Rakyat pada 1.11.2017 yang lepas.

 Hanipa dan Raja Bahrin membuat laporan qazaf tersebut kerana ketika Yb Tambun berbahas , mereka berdua berada dalam dewan.

 Turut bersama kereka tadi Yb Sg.Petani ( PKR ), Yb Indera Mahkota ( PKR ), Yb Kelana Jaya ( PKR ), Yb Kapar ( PKR ) dan Yb Shah Alam ( Amanah ).

Merteka memohon JAWI siasat Yb Tambun di bawah seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah ( Wilayah Persekutuan ) 1997.

 Laporan kesalahan jenayah Qazaf ke atas YB Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah (Ahli Parlimen Tambun) di bawah seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah ( Wilayah- Wilayah Petsekutuan ) 1997 ( Akta 559 ).

Pengadu :

Yb Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad 

dan Yb Mohamed Hanipa bin Maidin.

Tarikh kejadian : 1.11.2017 ( Rabu )

Tempat Kejadian : Dewan Rakyat Malaysia.

Isi atau Intipati Aduan

1. Pada 1.11.2017 ( Rabu ) dalam jam sekitar 12.40 pm , Yb Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah iaitu Ahli Parlimen Barisan Nasional daripada Tambun, Perak telah berbahas Bajet 2018 di Dewan Rakyat. 

2. Semasa beliau berbahas bajet tersebut, kami berdua selaku pengadu di dalam laporan ini, juga berada di dalam Dewan Rakyat dan dapat mendengar ucapan perbahasan beliau tersebut. 

3. Antara lain, Yb Tambun telah menyatakan di dalam ucapannya tersebut perkataan-perkataan berikut :-

 “.. Do you know who is Anwar Ibrahim? Saya orang Anwar Ibrahim. I left him.Selepas dia berhenti jadi Timbalan Perdana Menteri, I helped him pergi ke rumah dia di Bukit Damansara. For 10 days i was watching him, I said, no.

 Bila dia terlibat dengan liwat. Liwat, dia terlibat dengan anak buah saya. We are brought n tears. I went to Jordan, saya baca kitab.Kalau orang libat dengan liwat, dilaknati Allah and the whole population will suffer macam di sodom di Jordan…”

 4. Dalam ucapannya itu juga, Yb Tambun juga kemudiannya menyebut nama individu yang dikatakan tersebut sebagai Hairani Nafis. Beliau menyebut dengan perkataan-perkataan berikut :-

 ” ..Saya tidak tahu tapi kes itu is kes. Yang kes Hairani Nafis, everybody di UKM tahu…

 Bersama-sama ini kami lampirkan bersama-sama sesalinan Hansard Dewan Rakyat bertarikh 1/11/2017 yang melaporkan ucapan verbatim beliau tersebut untuk rujukan tuan.

 5. Kami sesungguhnya percaya kata-kata yang dikeluarkan oleh Yb Tambun tersebut di atas adalah satu tuduhan jenayah qazaf ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim di mana Yb Tambun telah menuduh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan tuduhan meliwat seseorang iaitu anak buah beliau dan tuduhan liwat tersebut dibuat tanpa Yb Tambun mengemukakan empat ( 4 ) orang saksi lelaki yang benar-benar menyaksikan tuduhan perbuatan liwat tersebut.

 6. Justeru itu kami sesungguhnya percaya Yb Tambun telah melakukakan satu kesalahan jenayah syariah qazaf dan amat wajar disiasat di bawah seksyen 41 Akta 559 tersebut.

Sekian laporan kami berdua.

Bertarikh pada : 7.11.2017


Pengadu Pertama,

………………………………………
Yb Raja Kamarul Bahrin Shah Bin Raja Ahmad
Ahli Parlimen Kuala Trengganu.


Pengadu Kedua,

………………………………………
Yb Mohamed Hanipa bin Maidin
Ahli Parlimen Sepang



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons