December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


SHAH ALAM, 8 Nov – Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hassan Ariffin mendakwa, Dr Mahathir sengaja membiarkan UMNO diharamkan selepas beliau hampir-hampir kalah dengan Tengku Razaleigh  Hamzah sewaktu pemilihan kepimpinan UMNO pada tahun 1988 dulu.

Beliau mendedahkan, Dr Mahathir sengaja membiarkan UMNO diharamkan pada waktu itu untuk mengelakkan pemilihan semula jawatan Presiden UMNO di antara beliau dan Tengku Razaleigh, yang mana Dr.Mahathir hanya menang tipis sebanyak 43 undi melebihi Tengku Razaleigh.

“Padahal masih ada ruang untuk berbuat sesuatu agar UMNO tidak diharamkan kerana beliau merupakan Perdana Menteri ketika itu, namun Dr Mahathir tidak berbuat demikian kerana beliau sememangnya mahu UMNO diharamkan untuk mengelakkan undian semula antara beliau dan Tengku Razaleigh dilaksanakan,” tegasnya dalam program Siri Jelajah Penerangan Perjuangan 4All di sini, Selasa malam.

Perkara ini sanggup dilakukan oleh Dr. Mahathir menurut Hassan adalah kerana kesetiaan beliau terhadap UMNO hanyalah selama mana parti itu boleh dipergunakan untuk menjayakan agenda politik peribadi beliau.

“Sebab itu, saya katakan di sini bahawa Dr Mahathir hanya mempergunakan UMNO untuk menjadi Perdana Menteri dan berkuasa.

“Beliau bukannya benar-benar berjiwa UMNO dan setia pada perjuangan UMNO, sebaliknya memperkudakan UMNO untuk kepentingan agenda politik peribadinya.

“Kerana itulah, kita lihat beliau hari ini sanggup berbuat apa saja sehingga sanggup mengatakan perkara-perkara yang tidak betul.Terrmasuklah tindakannya bersekongkal dengan Dap yang mana selama 22 tahun beliau secara konsisten mengatakan parti itu adalah parti yang memusuhi Islam dan orang Melayu.

“Dr. Mahathir bertindak sebegitu rupa hari ini kerana beliau sedar bahawa UMNO tidak lagi dapat beliau tunggangi untuk merealisasikan agenda politik peribadinya,” jelasnya.

Dalam program yang sama, Tan Sri Annuar Musa pula menjelaskan, setelah tertubuhnya UMNO baru, maka Dr Mahathir telah bertindak menyekat seteru-seteru politiknya daripada menyertai UMNO baru itu.

“Ramai diantara ahli-ahli politik yang disekat daripada menyertai semula UMNO baru. Antara nama-nama besar dan tokoh orang Melayu yang disekat daripada menyertai UMNO semula ialah Allahyarham Dato Harun Idris, bekas Menteri Besar Selangor dulu,” ujarnya.

Menyentuh tentang siri jelajah penerangan Perjuangan 4All pula,Tan Sri Annuar memberitahu bahawa siri jelajah penerangan ini mendapat sambutan yang semakin positif, apabila ia telah ditonton oleh ribuan rakyat setiap kali program ini diadakan.

“Saya dapati program yang kita adakan ini memperlihatkan perkembangan yang positif apabila ia kini bukan hanya ditonton oleh khalayak di hadapan kita saja, tetapi turut ditonton oleh ribuan rakyat Malaysia di luar sana apabila kita adakan program ini secara langsung melalui facebook.

“Contohnya seperti program yang kita adakan di Kuala Kedah, lebih 40,000 rakyat kita yang menonton secara langsung. Ketika kita adakan di Permatang Pauh pula, ia ditonton hampir 30,000 orang,” katanya.

Selain daripada Datuk Seri Hassan Ariffin, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul turut diundang menjadi salah seorang panelis program tersebut.

Turut hadir dalam program itu alah Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar.-MediaUMNO



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons