December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


 

Jusninawati Abdul Hani didapati bersalah atas dakwaan sengaja tidak memasukkan maklumat berkaitan kegiatan pengganas.

Jusninawati-Abdul-Gani-2

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman
penjara 7 tahun terhadap seorang anggota polis wanita kerana
menyembunyikan maklumat aktiviti berkaitan keganasan daripada pihak
berkuasa.

Panel 3 hakim terdiri daripada Datuk Wira Mohtarudin Baki, Datuk Seri
Zakaria Sam dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara menolak
rayuan Koperal Jusninawati Abdul Gani terhadap sabitan dan hukuman ke
atasnya.

Hakim Mohtarudin yang mempengerusikan panel itu berkata mahkamah
berpendapat bahawa isu yang dibangkitkan oleh peguamnya dalam rayuan itu
tidak mempunyai merit.

Mahkamah Rayuan kemudiannya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur yang mendapati Jusninawati, 36, bersalah dan menjatuhi
hukuman penjara 7 tahun terhadapnya.

Jusninawati, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya,
didakwa sengaja tidak memasukkan maklumat berkaitan kegiatan pengganas
di ibu pejabat polis itu antara Ogos 2015 dan 22 Mac tahun lepas.

Pesuruhjaya kehakiman ketika itu, Datuk Nordin Hassan mendapati
Jusninawati bersalah atas pertuduhan itu, dan menegaskan bahawa adalah
tidak munasabah bagi tertuduh, seorang anggota polis, untuk
menyembunyikan maklumat seperti itu daripada pihak berkuasa.

Jusninawati diwakili peguam Faizal Rahman dan Nik Zarith Nik Mustapha
manakala Timbalan Pendakwa Raya Nurshafini Mustafha mewakili
pendakwaan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons