December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Ketika Kelantan dilanda ‘Banjir Kuning’ dahulu, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menghantar bantuan RM1.1 juta bagi membantu mangsa.

 Sementara DAP Pusat menghantar 15 kontena barangan yang bernilai kira-kira RM500,000 (setengah juta ringgit) dan RM270,000 wang ke Kelantan bagi membantu mangsa banjir.

 Hari ini Malaysiakini melaporkan kerajaan Kelantan sedia menyalurkan bantuan segera berjumlah RM50,000 kepada Pulau Pinang yang kini dilanda musibah banjir besar.

 “Kerajaan negeri akan turut membantu mangsa-mangsa banjir dengan menghantar sukarelawan dan meluluskan sejumlah RM50,00 sebagai bantuan segera ke Pulau Pinang,” kata Datuk Ahmad Yakob dalam kenyataan media di Kota Bharu, hari ini.

Ahmad Yakob berkata dalam situasi sedemikian semua pihak agar wajar membantu mangsa-mangsa banjir di sana dengan mengetepikan sentimen politik.

 Pulau Pinang berdepan dengan hujan lebat berterusan dan angin kencang sejak semalam, dipercayai antara lain kesan taufan Damrey yang melanda Vietnam sebelum ini.~ sumber

 

Marilah kita ucapakan terima kasih kepada kerajaan Kelantan diatas bantuan semampu mungkin dan seruannya supaya ketepikan sentimen politik.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons