December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PERODUA dilapor menawarkan bantuan bagi meringankan beban pemilik kenderaan keluaran syarikat itu yang menjadi mangsa banjir di Pulau Pinang.

Bantuan itu termasuk pemeriksaan bagi menilai kerosakan kenderaan-kenderaan jenis Perodua akibat banjir secara percuma, dan diskaun pembelian alat ganti terpilih sebanyak 20 peratus kepada para pelanggannya yang terjejas.

Antara alat ganti yang diberikan potongan harga termasuk, semua alat ganti elektronik, karpet, tempat duduk, trim pintu, dan gasket enjin.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata perkhidmatan bernilai tambah itu akan membantu meringankan beban para pelanggan Perodua yang terjejas akibat bencana.

“Oleh kerana beberapa pusat servis kami di Pulau Pinang terjejas akibat banjir, para pelanggan boleh pergi ke pusat servis kami di Juru, Prai dan Kulim untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

“Kami sedang melakukan yang terbaik untuk meneruskan operasi di kawasan-kawasan yang terjejas secepat mungkin,” tambahnya lagi.

Para pelanggan Perodua yang terjejas akibat banjir boleh menghubungi talian khidmat pelanggan, bebas tol di talian 1-800-88-5555 bagi mendapatkan bantuan menunda kenderaan (towing). Mereka juga boleh menghubungi nombor yang sama untuk mengetahui status penghantaran kenderaan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons