December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Selain DAPigs dan PKR yang sehingga ke hari ini masih lagi tidak memaafkan semua kesalahan yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir, PSM juga dilihat mengambil pendirian yang sama.

Bekas tahanan ISA Dr Nasir Hashim menegaskan, dia tidak akan sama sekali memaafkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir  Mohamad yang memenjarakannya selama 15 bulan.

Dr Nasir yang kini menjadi peneraju PSM selaku Presiden parti itu membuat dakwaan baahwa Tun Mahathir perlu bertanggungjawab diatas penahanannya dibawah Ops Lalang pada 1987.

“Dilihat kepada sejarah, Dr Mahathir telah mengekalkan rasa tidak bersalahnya  didalam krisis Saleh Abbas, ISA, tragedi Memali dan skandal-skandal lain.

“Beliau enggan meminta maaf disebabkan oleh keseombongannya, dan jika dia minta  maaf sekalipun, ianya tidak datang dari hatinya dan hanya demi kepentingan  politik beliau,” ujarnya lapor The Star.

Kenyataan itu dibuat sebagai membidas tindakan Tun Mahathir yang menyatakan bahawa dia sedia menerima segala kesalahan diatas penangkapan semua tahanan ISA ketika menjadi Perdana Menteri.

Tegas Dr Nasir, secara amnya Tun Mahathir menyatakan bahawa dia tidak  mempunyai sebarang kaitan dengan penahanan Ops Lalang tetapi dia mendakwa ianya dilakukan oleh  orang bawahannya.

“Dan kerana dia adalah bos, dia perlu memohon maaf bagi pihak mereka. Dia tidak meminta maaf diatas segala perbuatannya, dia hanya meminta maaf kerana ianya telah berlaku dan orang-orangnya lakukan perkara tersebut. Beliau katakan bahawa beliau tiada kena mengena dengan semua itu,” kata Dr Nasir.

Menyaksikan sendiri pemerintahan Tun Mahathir selama 22 tahun, Dr Nasir katakan dia masih amat meragui permohonan maaf oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

Katanya lagi, mengapa Dr Mahathir ‘menerima’ kesalahan diatas tragedi Ops Lalang  sedangkan dia menafikan keterlibatannya didalam skandal-skandal yang berlaku dibawah pimpinannya?

Antara krisis diketengahkan beliau adalah pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun  Salleh Abas pada 1988 yang disifaktkan pengkritik sebagai pemula kepada  campurtangan sistem kehakiman negara.

Maka kesimpulannya, walaupun Tun Mahathir kini berada didalam saf kepimpinan Pakatan yang secara terbuka menentang Barisan Nasional, namun bekas Perdana Menteri masih gagal untuk mendapatkan kepercayaan dikalangan parti pembangkang itu sendiri!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons