December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Dikritik bertubi-tubi dalam isu menumpangkan non muslims di dalam surau, hari ini pentadbir halaman Ustaz Zamihan tampil membuat penjelasan mengenai perkara tersebut ketika menjawab kritikan seseorang.

Zamihan – Google

Tanpa mendedahkan butiran pengkritik itu, pentadbir Zamihan menulis bahawanya ramai pihak yang ‘spin’ kenyataan sebenar Ustaz Zamihan ketika berkongsikan gambar tangkaplayar tersebut.

Pentadbir halaman itu juga seperti menyalahkan wahabi, portal berita seperti Malaysiakini dan Free Malaysia Today atas kritikan yang diterima oleh Ustaz Zamihan.


Berikut apa yang beliau tulis di halaman Ustaz Zamihan.



“Ini juga ubat untuk tuan punya status.

Admin bukan nak back-up Ustaz Zamihan tapi oleh kerana Wahabi pandai nak Spin perkataan Ustaz Zamihan dan bagi mind set kepada orang awam kononya Ustaz Zamihan extremist. Mungkin juga Wahabi nak Spin sebab dendam peribadi barangkali?

Sebenarnya Ustaz Zamihan tak larang pun Non Muslim masuk ke dalam surau untuk berlindung tetapi mestilah menjaga kesucian surau dan ruangan solat. Kalau nak faham apa yang Ustaz Zamihan sampaikan kenalah di pecahkan beberapa perkataan Ustaz Zamihan dibawah ini.

Gambar – Facebook

1) – ” SITUASI gambar di atas tidak sepatutnya berlaku (Rujuk gambar di bawah) “

Apakah situasi yang tidak sepatutnya berlaku berdasarkan gambar di bawah ini [Gambar Non Muslim di dalam ruangan solat surau]? Sila rujuk gambar di bawah.

* Lelaki NON muslim tanpa memakai baju di dalam ruangan solat surau.

* Wanita Non Muslim berseluar pendek membuka aurat didalam ruangan solat surau.

* Lelaki NON Muslim sedang [email protected] di ruangan solat surau tanpa menggunakan alas atau lapik.

Inilah 3 Situasi yang tak sepatutnya berlaku.

2) – ” ia tidak boleh dikategorikan sebagai DHARURAT kerana masih ada IKHTIHAR LAIN “

* Berkemungkinan belum dalam keadaan DARHURAT kerana, Non Muslim masih ada tempat lain untuk berlindung selain di dalam ruangan solat surau di tempat kejadian. Sekali lagi SELAIN DIDALAM RUANG SOLAT!. Seperti ruang beranda surau, dewan dan tempat lain selain didalam ruang solat.

* Mungkin juga oleh kerana paras air naik pada waktu itu di kata kan sampai paras dada dan ditambah lagi arus sangat deras sehingga memaksa Non Muslim berlindung di dalam Surau. Ini tidak lah bermakna memboleh kita mengabaikan kesucian tempat ibadat DI RUANGAN SOLAT.

* Seperti yang di beritahu oleh pengerusi Surau bahawa Surau pada ketika itu tidak mempunyai pakaian cuma hanya ada ” kain pelikat, Kain Telekung dan Kain ihram”.

* Ini bermaksud masih ada ” IKHTIHAR LAIN ” bagi Non Muslim untuk menjaga kesucian atau menjaga adap dalam ruangan solat surau tersebut walaupun Non Muslim berlindung di dalam Surau. Cuba lihat anak Panah (Berwarna Merah) di dalam gambar di bawah ini dapat dilihat ada kain telekung untuk menutup aurat, kain ihram untuk menutup badan atau kain pelikat untuk di jadikan alas tempat tidur.

3)- ” Pihak pengurusan masjid/surau juga perlu mengingatkan mereka [Non Muslim] dengan adap dan syarat bagi menjaga kesucian masjid “

* Ustaz Zamihan hanya menegur Pengurusan Surau di tempat kejadian supaya memberi peringatan kepada Non Muslim yang berlindung didalam surau untuk menjaga adap dan syarat kesucian surau apatah lagi mereka berada di ruangan solat.

* TIDAK ADA ! sekali lagi TIDAK ADA!! Takde pun perkataan Ustaz Zamihan yang menyuruh atau bertegas kepada Pihak Pengurusan Surau itu supaya melarang Non Muslim berlindung di dalam Surau.

Hairan cepat betul Wahabi, Fmt dan Malaysiakini buat kerja dajal hangpa bertiga dah KAWTIM ke?,” kata pentadbir halaman tersebut mengakhiri penjelasannya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons