December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Zuraida nasihati Jamal henti lakukan aktiviti kurang siuman

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos supaya berhenti melakukan perkara tidak siuman dan membuang masa.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, nasihat dan teguran yang
sama pernah diberikan sewaktu perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi
sebelum ini.

“Saya minta dia berhenti lakukan aktiviti-aktiviti yang kurang siuman
dan bukan-bukan sebab berdosa, jadi kalau lepas ini dia buat lagi
perkara sama, dia akan terima padahnya.

“Kalau dia buli orang lagi, kita akan terus ambil tindakan dan takkan
biarkan orang macam ini merosakkan masyarakat,” katanya kepada dalam
sidang media yang diadakan hari ini.

Beliau ditemui selepas melancarkan Geran Penyelidikan Institut Wanita
Berdaya dan Program Perlindungan Kanak-kanak Negeri Selangor di De
Palma Hotel,Ampang, hari ini.

Ahli Parlimen Ampang itu mengulas mengenai kes samannya terhadap Jamal berhubung insiden pukul pada 13 November 2016 lalu.

Semalam melalui proses mediasi hampir empat jam di Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur menyelesaikan kes saman fitnah Zuraida terhadap Jamal yang
juga pemimpin Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu.

“Alhamdulilah..selepas kes itu, sewaktu dia buat fitnah, memang
banyak peguam telefon saya nak ambil kes ini sebab mereka yakin boleh
menang tapi bagi saya, menang bukan menjadi isu, tetapi prinsipnya.

“Jadi saya harap dia akan berhenti buat bukan-bukan dan berubah. Saya
minta dia jadikan pengajaran, jangan senang-senang buli orang. Lagipun
banyak kes saman dia yang belum selesai lagi,” katanya.

Dalam kejadian itu, Jamal mendakwa ditumbuk di mukanya ketika
mengetuai penyokong Baju Merah ketika mengekori Zuraida di Pusat
Beli-belah Ampang Point dan menjerit polis memukulnya serta menuduh
penyokong Bersih mencederakannya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons