November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PENJELASAN :

Pihak polis memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat penemuan kotak misteri yang didakwa mengandungi bom di pusat beli belah di Jalan Kerinchi, Pantai Dalam berhampiran Resident Kerinchi, Kuala Lumpur sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut pihak polis, pemeriksaan pihak polis mendapati kotak berkenaan adalah kotak biasa yang tidak mengandungi sebarang letupan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung penemuan kotak itu yang diletakkan di dalam pusat beli belah berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Menurut beliau, “Pemeriksaan lanjut mendapati kotak itu tidak mengandungi sebarang bahan letupan sebelum ia dibawa keluar dari premis terbabit.”

SUMBER :
Facebook Polis Diraja Malaysia



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons