November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


BACHOK 13 Nov. – Jabatan Perikanan negeri menahan lima buah vesel termasuk sampan gentian yang didapati menceroboh dan menggunakan pukat tunda di kawasan dilindungi di tiga lokasi berbeza sekitar perairan negeri ini, pagi ini.

Pengarah Perikanan negeri, Anuar Salam Sulaiman berkata, pihaknya melakukan operasi mengejut bermula pukul 6.30 pagi hingga 10 pagi ini dan menahan vesel tersebut di Kuala Sungai Gali, Pantai Tok Bali dan Pantai Semerak hasil aduan diterima daripada penduduk.

Beliau berkata, kesemua vesel tempatan itu yang dikendalikan 15 nelayan berusia antara 20 hingga 50 tahun sebenarnya hanya mempunyai lesen pukat hanyut, pancing atau rawai tetapi telah mengubahsuai peralatan mereka menjadi pukat tunda.

“Kami menerima aduan daripada nelayan tradisional di Kampung Sungai Gali pada dua minggu lalu mengenai pencerobohan di tempat mereka dan hasilnya pagi ini kami dapat menahan lima buah vesel yang menunda di lokasi kurang satu batu nautika dari pantai.

“Penggunaan pukat tunda di kawasan Zon A terutama kawasan kurang daripada dua batu nautika dari pantai akan merosakkan sumber hidupan laut kerana ini adalah kawasan zon perlindungan bagi spesies ikan untuk membiak,” katanya di sini hari ini.

Menurut Anuar Salam, kesemua vesel berkenaan dibawa ke Pangkalan Perlindungan Sumber Perikanan Tawang, di sini.

Kata beliau, pemilik bot bakal dikenakan kompaun minimum RM500 selain pukat tunda dirampas di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana kesalahan melanggar syarat lesen iaitu menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons