November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


DAP sering memomok-momokkan MCA sebagai parti orang Cina. Ya, itu memang tidak dinafikan. MCA telah dibentuk dan ditubuhkan sebelum Malaya merdeka sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Cina, MIC mewakili masyarakat India dan UMNO mewakili masyarakat Melayu yang mewakili 3 bangsa terbesar di Malaya ketika itu. Ketiga-tiga parti ini bergabung sebagai satu perikatan dan berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Itu sejarah.

Berlainan dengan DAP. DAP dibentuk daripada pecahan parti PAP Singapura. DAP sering mendabik dada sebagai parti ‘multiracial’ atau parti berbilang kaum. Benarkah dakwaan demikian? Di dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP semalam, hanya 3 daripada 20 Ahli Jawakankuasa CEC DAP yang dipilih adalah bukan kaum Cina. 17 yang lain adalah totok Cina. Tiada langsung wakil Melayu yang menang. Maaf, Zairil Khir Johari atau nama sebenar Christoper Ross Lim adalah bukan Melayu.

Di dalam Kongres semalam, Setiausaha Agong DAP memberitahu Barisan Nasional (BN) mahu gambarkan DAP ‘Parti Orang Cina’. Bukan BN mahu gambarkan, tetapi BN beritahu apa yang realiti dan sebenarnya berlaku. Keputusan semalam sekali lagi membuktikan realitinya. Pertandingan CEC DAP semalam hanya 54% yang hadir mengundi. Mana yang lainnya? Berkecuali? Tidak dipanggil? Sudah meninggal dunia?

Apa khabar ahli DAP Melayu seperti Ahmad, Arifin, Harun, Sulaiman, Tengku Zul, Zulkifli dan Roseli yang kalah bertanding jawatan tertinggi CEC DAP semalam? Apa rasanya dipinggir Cina DAP? Kenapa pemimpin muda Melayu dalam DAP seperti Dyana Sofea dan Rara tidak bertanding di dalam CEC DAP. Mungkin mereka sedar Melayu hanyalah sekadar alat dan boneka di dalam DAP.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons