November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 13 Nov. – Hanya 0.03 peratus daripada 4.7 juta murid serta pelajar sekolah dikenal pasti mencuba dadah untuk tempoh Januari sehingga 31 Julai tahun ini.


Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata, daripada jumlah itu 75.7 peratus mencuba methamphetamine, 16.7 peratus Cannabis, 5.2 peratus opiat, 2.2 peratus amphetamine dan 0.2 peratus ketamin.


“Ingin ditekankan bahawa ini merupakan bilangan murid yang mencuba dadah dan tidak dikategorikan sebagai penagih.


“Mereka masih mengikuti pembelajaran dan aktiviti sekolah seperti biasa tetapi perlu pemantauan dan bimbingan oleh kaunselor sekolah,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Siti Mariah Mahmud (PAN – Kota Raja) yang ingin tahu bilangan terkini penagih dadah dalam kalangan pelajar sekolah serta jenis yang diambil pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons