November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


SULAIMANIYAH, IRAQ 13 Nov. – Jumlah mangsa korban gempa bumi di sempadan Iran-Iraq kini mencecah lebih 170 orang dengan 1,686 lagi mangsa cedera manakala tanah runtuh akibat kejadian itu menyukarkan usaha mencari dan menyelamat.

Rakaman video yang disiarkan menerusi Twitter menunjukkan orang ramai dalam keadaan panik dan berusaha menyelamatkan diri dari sebuah bangunan di sini, di utara Iraq.

Imej dari bandar Darbandikhan menunjukkan tembok konkrit yang runtuh.

Timbalan Ketua Unit Krisis Iran, Behnam Saidi berkata, jumlah mangsa yang terkorban meningkat lebih 164 dengan lebih 1,686 mangsa cedera.

Enam kematian dilaporkan di sempadan Iraq.

Gempa bumi berukuran 7.3 magnitud itu menggegarkan kawasan pergunungan di sempadan kedua-dua negara dan barat daya Halabja, Iraq kira-kira pukul 9.20 malam waktu tempatan ketika penduduk berada dalam rumah masing-masing. – AFP



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons