November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) turut dikenakan terhadap
pembelian kapal layar dan jet peribadi, kata Menteri Kewangan Kedua
Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata demikian ketika penggulungan perbahasan Belanjawan 2018
di Dewan Rakyat, ketika menjawab soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya).

Wong bertanya sama ada pembeli kapal layar besar seperti ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB Jho Low dikenakan GST.

“Jika kami beli kapal macam Jho Low beli kapal besar itu, kegunaan
peribadi, adakah dikecualikan GST? Jika dikecualikan, (ini) tak boleh
diterima,” katanya.

Johari menjawab pengecualian GST untuk jet dan kapal layar hanya
diguna pakai terhadap rundingan pelaburan yang mempunyai kesan strategik
terhadap ekonomi.

“Orang beli kapal layar peribadi, dia kena bayar (GST),” katanya.

Menteri itu juga berkata pembelian pesawat syarikat negara Malaysia Airlines, AirAsia atau Malindo dikecualikan GST.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons