November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Seperti dijangka , pembangkang akan mempolitikkan isu banjir di P.Pinang dan cuba mencari salahkan kerajaan  Pusat untuk disensasikan bagi menutup kelemahan mereka dalam menguruskan bencana banjir terburuk di negeri ini . 




Sikap Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin yang menjadikan Sidang DUN sebagai pentas untuk memburukkan bantuan NGO seperti Kelab Putera 1Malaysia amat memalukan !


Kalau dari segi adab orang Melayu , bila orang datang ke rumah kita nak tolong sewajarnya berterima kasih tetapi ini tidak dikutuk dan dihemtam lagi !  


Seperti pepatah berkata Orang Berbudi kita berbahasa … ini tidak tidak bersyukur orang luar datang membantu ke negerinya . 










Yang hairannya  mengapa semasa Adun ini  jadi poyo ketika  berjumpa Datuk Seri Hj Abdul Azeez Abd Rahim di hotel Seberang Jaya dan boleh pulak berterima kasih bantuan KP1M .  


  Tetapi hari ini dengan angkuh dan sombong seperti bossnya mula bertukar wajah  menghentam KP1M . 



Ternyata puak-puak ini tidak ikhlas dan hanya berpura-pura berdrama sahaja   semasa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turun ke P.Pinang  . 


Bila bantuan diberikan UMNO dan KP1M nampak mendapat perhatian rakyat dan sampai terus  ke mangsa banjir berbanding jentera kerajaan negeri , mereka cuba mensabotaj dan memburukkan pulak . 



Rakyat wajar melihatkan perangai YB Adun kerajaan DAP yang sejak dari mula banjir memang FAILED dalam  menguruskan bila menghadapi bencana dan pasca  . 


Sebab itu  bukan semua orang boleh jadi pemerintah seperti BN yang prihatin kepada rakyatnya . 


Sidang DUN Penang.


Sidang Akhbar Oleh YB Dr. Afif Bin Bahardin
Adun Seberang Jaya
                                              
1. Bangkitkan tentang isu bantuan bencana yang kita salurkan melalui JKM dan Kelab Putera 1Malaysia.


2. Mengapa JKM tidak dapat menyediakan kelengkapan seawal sedia lagi kerana JKM adalah Agensi dan bantuan haruslah dari Kerajaan Pusat.


3. 3 hari selepas banjir, PM datang ke Pulau Pinang dan hari Khamis Kelab Putera 1Malaysia datang ke Pulau Pinang.


4. Persoalan saya adalah kenapa JKM tidak ada peruntukan? Dimanakah polisi dan SOP bencana Agensi Kerajaan Pusat?


5. Bagaimana Kelab seperti ini dapat menyumbangkan perkakasan banjir ini melebihi Agensi dan Jabatan Kerajaan?


6. Dedahkan sumber dana atau drama Kelab Putera 1Malaysia


7. Saya mempersoalkan disaat Kerajaan Pusat tidak menyalurkan bantuan, tetapi Kelab Putera 1Malaysia boleh bawak treler dan mengambil alih tugas Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan? Bersama-sama dengan rider dan juga escort dari PDRM?


8. Kita nak tahu dari mana sumbangan ini diperoleh? Dari Arab Saudi, dari Jho Low, atau dari Jabatan Perdana Menteri sendiri kerana kita tahu Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia seperti yang kita ketahui adalan Ahli Parlimen BN yang mempunyai hubungan cukup rapat dengan Perdana Menteri dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.


9. Kita mahu Perdana Menteri sendiri jawab sebab ada muka Perdana Menteri pada semua plastik. Nanti kalau kita koyak plastik akan jadi masalah pulak, mengadu pada Sultan dan sebagainya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons