November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KOS menghasilkan minyak petrol di Malaysia bagi setiap liter hanyalah RM0.53 namun ia dijual pada harga RM2.30 seliter kata Ahli Parlimen Pas, Rantau Panjang, YB Siti Zailah Muhd Yusuff.

Menurut Zailah, yang menulis perkara itu melalui halaman Facebook miliknya, tiada data rasmi tentang kos penghasilan minyak mentah oleh Petronas di Malaysia, tetapi di Indonesia, kos pengeluaran minyak mentah syarikat Pertamina ialah pada kadar USD15 (RM60) setong.

Zailah menganggarkan, kos pengeluaran minyak mentah di Malaysia lebih kurang sama dengan Indonesia. Justeru, bagi tong bersaiz ‘standard’ 159 liter, maka kos pengeluaran minyak mentah bagi setiap liter ialah RM0.38 (RM60/159 liter).

“Manakala kos purata bagi menapis minyak mentah pula ialah pada USD6 atau RM24 setong. Dan kos seliter ialah RM24/159 = RM0.15 seliter,” tulisnya.

“Jadi kos keseluruhan bagi setiap liter minyak yang dijual di stesen minyak di Malaysia cumalah RM0.53 seliter. Tapi dijual dengan RM2.30 seliter,” tambahnya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons