November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Kemerosotan kehadiran perwakilan ke pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP semalam membuktikan berlaku krisis ketidakpercayaan dalam parti tersebut ketika ini.

Kehadiran hanya 1,356 atau 53% daripada 2514 perwakilan yang layak hadir pada pemilihan semula CEC parti itu juga memberi isyarat jelas kepimpinan DAP tidak mendapat sokongan.


Ahli Dap sudah hilang kepercayaan dengan kepimpinan mereka sendiri, walaupun pucuk kepimpinan Dap menggunakan khidmat konsultan dari Amerika untuk mengendalikan pemilihan kali kedua.

Pemilihan semula CEC parti itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC), Selangor.


Jumlah kehadiran tersebut diumumkan oleh wakil firma perunding Grant Thornton yang turut memaklumkan kemerosotan kehadiran yang tinggi berbanding 1,725 perwakilan yang mengundi dalam pemilihan CEC DAP pada 2013.


Perwakilan yang layak mengundi dalam CEC kali ini juga berkurangan daripada 2,576 kepada 2,514 berikutan seramai 62 perwakilan tidak layak mengundi kerana keluar parti, meninggal dunia atau diisytiharkan muflis.


Menurut pengumuman itu, calon yang bertanding dalam pemilihan semula CEC pada tahun ini turut menurun daripada 68 calon kepada 62 calon.

Dap yang dikatakan parti untuk semua kaum ternyata satu pembohongan, Melayu dalam Dap tidak mendapat tempat dalam CEC dan juga untuk diletakkan sebagai calon dalam pilihanraya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons