November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


SEBAHAGIAN syarikat-syarikat telah ditutup kerana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Perkara itu diakui sendiri oleh Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani.

Johari bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut tentang perkara itu kerana ia sedang dalam siasatan lapor The Malaysian Insight.

syarikat tutup kerana GST

“Sebahagian adalah (syarikat-syarikat) yang dihormati, ini merupakan salah satu sebab kita tidak boleh dedahkan. Namun banyak alasan diberikan, sebahagian kata mereka sudah tua, tidak mahu meniaga, buka syarikat-syarikat baru,” kata Johari menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Rompin di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau dilapor menjawab soalan Hasan Ariffin, berkaitan adanya syarikat-syarikat yang ditutup selepas pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan pelaksanaan GST.

Sebelum ini tersebar di Media Sosial tentang penutupan Pasaraya TS Mega di Taman Melati, Kuala Lumpur akibat GST.

BACA — Pasaraya TS Mega ditutup akibat GST

Sebelum itu, Pertubuhan Peladang Negeri Kedah mendedahkan bahawa para petani terpaksa menanggung kos tambahan sebanyak 30 peratus akibat pelaksanaan GST

BACA — Petani tanggung kos tambahan 30 peratus kerana GST



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons