November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Nelayan di Kuala Terengganu menggesa pihak berkuasa menghapuskan bot-bot nelayan asing yang menceroboh perairan Malaysia.

Anggota parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin berkata
beliau telah menemui 40 nelayan di kawasan itu yang meminta kerajaan
lebih tegas seperti Indonesia yang meletupkan bot penceroboh.

Gesaan itu dibuat berikutan terlalu banyak pencerobohan yang dibuat
nelayan asing di perairan laut negara ini serta operasi kerajaan yang
dilihat ‘tidak bersungguh’ dalam menangani isu itu.

“Jumaat lepas, saya telah ke jeti utama nelayan di Pulau Kambing, Kuala Terengganu.

“Saya dapati hampir kesemua yang ditanya (mengenai operasi benteras
nelayan asing) memberi komen sinis tentang operasi tersebut dengan
menyatakan nelayan warga Vietnam dan bot mereka akan dilepaskan tidak
berapa lama lagi serta bot mereka yang dirampas akan kembali beroperasi
semula secara haram.

“Nelayan juga kecewa dengan sikap tidak tegas kerajaan yang
melepaskan kembali bot yang di rampas dengan mudah sementara pihak
berkuasa Indonesia lebih tegas dengan memusnahkannya,” katanya dalam
satu sidang media di parlimen, hari ini.

Raja Bahrin turut merujuk tangkapan pihak berkuasa yang dilihat aktif
menangkap nelayan asing terutamanya daripada Vietnam baru-baru ini di
seluruh negara.

Pada 9 November lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Shahidan Kassim dalam jawapan bertulis di parlimen berkata, sehingga 16
Oktober lalu, sebanyak 63 kes penceroboh Vietnam berbanding 39 tangkapan
pada tahun lalu.

“Selepas tauke itu datang balik dan bayar denda mereka (pihak
berkuasa) lepaskan begitu sahajalah. Jadi mereka denda dua atau tiga
ribu adalah kecil. Sekali mereka buat tangkapan laut itu beratus ribu
hasilnya,” katanya.

Pada 14 Oktober lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk seri Ahmad Zahid
Hamidi mendedahkan pencerobohan dan rompakan hasil laut mengakibatkan
negara rugi sehingga RM6 bilion setahun dan mengarahkan pihak berkuasa
menanganinya dengan serius.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons