November 25, 2017
You can use WP menu builder to build menus



Pelik, Pas belum ambil tindakan ke atas Husam, kata Khairuddin

Adalah
suatu yang pelik dan amat menghairankan apabila Husam yang didakwa
melemparkan fitnah, tetapi sehingga kini Pas masih belum berani untuk
mengambil sebarang tindakan terhadap beliau.

Sekiranya ini terjadi, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena sedang berlegar dalam pemikiran orang yang dituduh.

Demikian dinyatakan oleh Koordinator Deklarasi Rakyat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ketika ditemui di Kepala Batas semalam.

Jelas beliau, isu menerima dana daripada Umno seperti yang dinyatakan
oleh Adun Salor, Datuk Husam Musa sebenarnya harus dicabar oleh Pas.

Dakwaan
pimpinan Pas menerima dana daripada Umno seperti yang dinyatakan oleh
Adun Salor, Husam Musa sebenarnya harus dicabar oleh Pas, kata
Khairuddin.

Malah katanya, yang lebih mencelarukan pemikiran apabila Pas terpaksa
berdiam diri dan tidak berani untuk mengambil sebarang tindakan
terhadap Husam.

“Husam adalah seorang pemimpin yang konsisten dan sedar Pas akan
berdolak-dalik dengan pelbagai alasan dalam isu dakwaan dana tersebut.

“Sebagai sebuah parti yang dikatakan mempunyai maruah, Pas harus
berani mengambil tindakan bagi membersihkan nama mereka yang telah pun
tercalar.

“Seandainya mereka tidak berani mengambil apa-apa tindakan, sudah
pasti persepsi masyarakat mengatakan dakwaan Husam tersebut ada asas
kebenarannya,” ujarnya lagi.

Khairuddin juga berkata, adalah sukar bagi Pas untuk mengambil
sebarang tindakan undang-undang terhadap Husam kerana ia mempunyai bukti
yang tidak boleh dipadamkan.

“Jika ada tuduhan yang didakwa tidak berasas, maka Pas seharusnya
membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang dengan
segera.

“Bak kata pepatah Melayu, berani kerana benar, takut kerana salah.

“Oleh itu, pimpinan tertinggi Pas mestilah berani untuk menetapkan
pendirian mereka dan membuktikan bahawa dakwaan tersebut selama ini
adalah fitnah yang direka atau sebaliknya,” tegasnya lagi.

Beliau juga berkata, dakwaan berani Husam dengan menyatakan bahawa ia
mempunyai maklumat mengenai penerimaan dana Umno oleh Pas setelah
melihat sendiri bukti tersebut bukan satu perkara enteng.

“Hadi mesti tampil ke hadapan dan bukan hanya setakat penafian
semata-mata. Buktikan dengan jelas bahawa apa yang didakwa oleh Husam
itu tidak benar.

“Pimpinan tertinggi Pas harus menjadi pemimpin yang ‘gentleman’ bagi
mempertahankan kebenaran yang mereka sering laung-laungkan selama ini,”
katanya lagi.

Dalam pada itu katanya, kerjasama yang cuba diwujudkan oeh Umno dengan Pas amat dialu-alukan dan sepatutnya disegerakan.

“Pas dan Umno seharusnya menyatakan pendirian kolaborasi mereka yang
sebenar dengan segera. Segera sahkan kepada penyokong Pas dan Umno
bahawa mereka sudah ada kesepakatan yang tidak boleh diselindungi lagi.

“Pas mesti berani dan jangan lagi bersembunyi di belakang tabir,
nyatakan segera bahawa mereka akan bersama Umno dalam pilihan raya umum
akan datang, ” tambahnya lagi.

Katanya, dengan keberanian yang dipamerkan oleh Pas mengenai
pendirian mereka, akan memudahkan rakyat khususnya penyokong akar umbi
Pas untuk membuat pendirian mengenai sokongan mereka terhadap parti
tersebut.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons