November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


By Wartawan Menara – November 13,2017

GEORGETOWN, PULAU PINANG: Satu surat rasmi mengenai keputusan hasil kajian hak-hak transgender telah diserahkan kepada Jawatankuasa Perlembagaan Negeri Pulau Pinang oleh sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam untuk dijadikan sebagai satu dokumen rasmi di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Bendahari Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang Cheah Kah Peng yang juga merupakan ADUN kawasan Kebun Bunga mendakwa bahawa Pulau Pinang boleh menerajui isu pengiktirafan hak asasi komuniti transgender.

“Pulau Pinang boleh menjadi peneraju dalam hal ini dengan mengiktiraf hak-hak masyarakat transgender.”

Menurut The Malay Mail Online, Pengerusi Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mendakwa bahawa terdapat beberapa cadangan daripada simposium transgender berkaitan hak-hak transgender yang mahu dihantar secara rasmi ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“Kami berdebat mengenai perkara ini di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan mahu kami menghantarnya kepada Jawatankuasa Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.”

Tambahnya lagi, keputusan penemuan yang diperoleh daripada simposium transgender adalah mengenai akses golongan tersebut kepada kemudahan perubatan, tandas awam berasingan bagi transgender dan juga isu dengan pegawai penguat kuasa seperti polis.

Dakwa Teh lagi, keputusan penemuan ini juga perlu diterima secara rasmi oleh badan perundangan agar ia dapat dijadikan sebagai rujukan di masa hadapan.

 “Ia boleh dijadikan sebagai satu rekod mengenai isu-isu yang dihadapi oleh golongan transgender.”

 Pada tahun 2014, satu Jawatankuasa Trangender Pulau Pinang telah ditubuhkan oleh kerajaan pimpinan DAP. Sebelum ini majlis buka puasa Big Gay Iftar telah dianjurkan oleh pemuda DAPSY Subang Jaya yang mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons