November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


JOHOR BAHRU 13 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua tekong warga Vietnam kerana disyaki merasuah seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sebanyak RM10,000 ketika ditahan dalam Operasi Perkasa Selatan di Perairan Mersing, semalam.

Kedua-dua suspek lelaki berumur 27 dan 28 tahun itu memberi wang tersebut sebagai dorongan untuk melepaskan dua bot yang digunakan selepas melakukan beberapa kesalahan antaranya gagal mengemukakan lesen bot, tidak mempunyai passport yang sah dan memiliki peralatan tangguk tunda di atas bot. 


Kedua-dua tekong bot tersebut juga ditahan kerana memberikan rasuah terlebih dahulu kepada anggota APMM berjumlah RM500 dan RM800 bagi melepaskan bot mereka atas kesalahan yang sama.


Kedua-dua suspek berkenaan ditahan di Pejabat SPRM Johor Cawangan Kluang kira-kira pukul 11 pagi semalam bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.


Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu suspek akan dihadapkan ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.


Terdahulu SPRM bersama-sama APMM mewujudkan satu rangkaian kerjasama dalam usaha memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa khususnya melibatkan kejadian-kejadian isu pencerobohan bot nelayan di perairan Malaysia. 


Beliau berkata, kerjasama tersebut  bermula dengan perkongsian maklumat di antara kedua-dua agensi berkaitan isu pencerobohan nelayan asing terutamanya dari Vietnam diikuti pelaksanaan Ops Armada sejak Januari lalu. 


“Ops Armada dilaksanakan bagi membanteras aktiviti rasuah dan salah guna kuasa berhubung pencerobohan nelayan asing yang menggunakan orang tengah untuk berunding dengan agensi penguatkuasa agar tindakan tidak diambil ke atas kegiatan mereka. 


“Sindiket ini dikatakan beroperasi secara haram melibatkan aktiviti penangkapan hasil laut di kawasan perairan pantai timur Semenanjung, perairan Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya. – UTUSAN ONLINE




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons