November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya waris perlu membayar baki hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya peminjam meninggal dunia.

Versi Terkini. Tular: November 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Januari 2017

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop berkata “waris tidak perlu membayar hutang peminjam yang meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal kerana semuanya dilindungi sepenuhnya takaful.”

Pihak PTPTN meminta waris kepada peminjam tabung berkenaan yang meninggal dunia supaya tampil memaklumkan perkara berkenaan bagi tujuan pelupusan hutang.

Menurut Abdul Ghaffar, “Melalui manfaat Skim Perlindungan Takaful Berkelompok Pinjaman Pendidikan PTPTN, kesemua pinjaman itu diselesaikan sepenuhnya oleh syarikat insurans dan pada masa sama waris akan menerima khairat kematian RM1,500.”

SUMBER:

MStar

Berita Harian



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons