November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


 

Seramai 11 ahli Parlimen PAS tidak mengundi.

 

 

dewan-rakyat-bajet-2018

KUALA
LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan
2018 yang memperuntukkan RM280.25 bilion untuk Bajet 2018 pada petang
tadi.

Ia diluluskan dengan sokongan 107 ahli Parlimen, 59 undi bantah dan 11 lagi tidak mengundi.

“Keputusan belah bahagi adalah seperti berikut, yang tidak mengundi
11 orang, yang tidak bersetuju untuk Rang Undang-undang dibacakan kali
ke-2 59 orang.

“Yang bersetuju untuk Rang Undang-Undang ini dibacakan buat kali KE-2
seramai 107 orang,” kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin
Mulia.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, beliau menolak RUU
Perbekalan 2018, manakala 11 lagi ahli Parlimen PAS tidak mengundi.

“Dua ahli Parlimen tidak hadir, iaitu Marang (Datuk Seri Abdul Hadi
Awang) dan seorang lagi Dungun (Wan Hassan Mohd Ramli),” katanya ketika
dihubungi FMT.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet
2018 pada 27 Oktober lalu berkata, RM234.25 bilion daripada RM280.25
bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion bagi
perbelanjaan pembangunan. Ia tidak termasuk simpanan luar dianggarkan
berjumlah RM2 bilion.

“Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak RM79.15 bilion adalah untuk emolumen dan RM33.62 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.”



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons