November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


SIDANG DUN PULAU PINANG

Tarikh    : 13/11/2017 (Isnin)
Masa     : 2.30 petang
Tempat : Dewan Undangan Negeri
                 Pulau Pinang             
                                             
Isu-isu yang dibangkitkan :
*YB DR. AFIF BIN BAHARDIN*
*ADUN SEBERANG JAYA*

1. Saya ingin membangkitkan isu berbangkit mengenai bantuan bencana banjir yang disampaikan oleh salah seorang rakan Ahli Parlimen dari Negeri Utara.

2. Ahli Parlimen Baling turun dengan berpuluh-puluh kontena besar, bekalkan tilam, bantal dan sebagainya dengan bertampal gambar Dato’ Seri Najib dan juga logo UMNO.

3. Yang saya hairan dan ingin timbulkan disini ialah, dari sumber manakah sebuah Kelab mempunyai dana yang sebegitu banyak untuk memberi bantuan berpuluh kontena menyampaikan sumbangan bergambar Perdana Menteri Malaysia, sedangkan Agensi dan Jabatan Kerajaan Persekutuan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat sendiri menyatakan JKM sudah tiadak ada peruntukan dan barang didalam stor telah habis dan tidak mampu memberikan sumbangan kepada mangsa banjir sepertimana yang diperolehi oleh pihak NGO Kelab Putera 1Malaysia.

4. ADUN Seberang Jaya menyatakan bahawa beliau yakin sumbangan yang diperolehi oleh Kelab Putera 1Malaysia diperolehi daripada Jabatan Perdana Menteri.

5. Ini menunjukkan kelemahan Kerajaan Persekutuan yang tidak mampu menyediakan bantuan kepada mangsa banjir tetapi Kelab Putera 1Malaysia yang menjadi wira datang menyelamatkan mangsa banjir.

6. ADUN Seberang Jaya menegaskan bahawa sumber bantuan mangsa banjir oleh Kelab Putera 1Malaysia harus didedahkan.

7. Kenapa JKM iaitu 1 Agensi Kerajaan Persekutuan tidak ada peruntukan untuk mangsa banjir? Kenapa Kelab Putera 1Malaysia mendahului Agensi dan Jabatan yang lainnya? Dari mana datangnya sumber kewangan Kelab Putera 1Malaysia?

8. Setelah 3 hari bencana banjir, barulah bantuan sampai. Mangsa bukan mahukan tilam dan bantal bermukakan Najib, rakyat mahu bantuan sesegera mungkin.

9. Tapi disebabkan nak letak muka Najib di tilam dan bantal, bantuan sampai lambat.

10. Kerajaan Negeri bagi sumbangan kepada mangsa banjir, tak letak pun gambar Ketua Menteri Lim Guan Eng. Kerajaan Persekutuan main politik lebih.

*YB DATUK SR DR HAJI MUHAMAD FARID BIN HAJI SAAD*
*ADUN PULAU BETONG*
1. Mencelah bahawa tuduhan bahawa Kelab Putera 1Malaysia memperoleh sumbangan daripada Jabatan Perdana Menteri adalah tidak berasas.

2. ADUN menjelaskan bahawa Kelab Putera 1Malaysia adalah badan NGO jadi adalah hak mereka untuk meletakkan gambar, nama atau logo sesiapa pun pada barangan sumbangan mereka.

3. Menegaskan sekali lagi bahawa Kelab Putera 1Malaysia adalah NGO jadi tidak ada keperluan untuk NGO ini mendedahkan dari sumber mana sumbangan diperolehi.

4. Yang pentingnya hasrat NGO membantu mangsa banjir tertunai, kenapa masih nak pertikai sedangkan kawasan YB Seberang Jaya juga terlibat.

5. Jangan menyalahkan Kerajaan Persekutuan apabila sumbangan lambat tiba kerana ini adalah bencana alam yang tidak dijangka.

6. Sebagai Kerajaan Negeri, anda sepatutnya bersedia lebih awal.

Komen GPB

Tengok mulut longkang apa ADUN Seberang Jaya kata kepada YAB PM yang sanggup turun membantu P.Pinang . Rakyat harus menilai sikap wakil rakyat kerajaan DAP yang jelas tidak ikhlas dan mereka sanggup mempolitikkan isu banjir ini



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons