November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 14 Nov. – Dua pelakon popular, Ashraf Muslim, 36 dan Kamal Adli, 31, masing-masing menerima tiga pencalonan dalam Anugerah Telenovela 2017 yang dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Disember ini.

Kedua-dua pelakon berkenaan dicalonkan sebanyak dua kali untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan satu kali bagi kategori Pelakon Lelaki Popular bersama-sama beberapa calon lain melengkapkan senarai Top 10 yang diumumkan hari ini.

Membintangi siri Mr. Boss Miss Stalker dan Biar Aku Jadi Penunggu, penampilan Ashraf dalam drama tersebut berjaya menarik perhatian juri untuk diletakkan sebagai calon akhir bagi bersaing dengan Kamal yang tercalon menerusi Pergilah Air Mata serta Sha & Shah untuk kategori terbaik.

Manakala bagi kategori popular, Ashraf menerima pencalonan menerusi drama Mr. Boss Miss Stalker, sementara Pergilah Air Mata mencalonkan nama Kamal.

Ketika majlis pengumuman Top 10 anugerah berkenaan yang diadakan di PWTC hari ini, pelakon lain seperti Alif Satar, Fattah Amin, Amar Baharin dah Shukri Yahaya juga cemerlang dengan dua pencalonan.

Bagi kategori pelakon wanita terbaik dan popular, nama-nama seperti Siti Saleha, Tiz Zaqyah, Janna Nick, Zahirah Macwilson, Mia Ahmad, Syatilla Melvin dan Neelofa mendapat dua pencalonan.

Dalam pada itu, sebanyak 23 kategori dipertandingkan membabitkan 38 drama dan filem popular yang diadaptasi daripada novel atau buku.

Drama terbitan Saphire Screen Sdn. Bhd., Mr. Boss Miss Stalker pula merupakan satu-satunya produksi yang memperoleh 10 pencalonan, diikuti rapat siri Akadku Yang Terakhir, Cik Cinderella & Encik Tengku dan Suri Hati Mr. Pilot yang berjaya mendapat sembilan pencalonan. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons