November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata banjir kilat yang berlaku di Pulau Pinang awal bulan ini petanda daripada Tuhan untuk BN merampas kembali negeri itu.

“Tidak mustahil. Perkara ini boleh berlaku.

“Tuhan telah menurunkan bala kepada mereka yang menabik dada kononnya Pulau Pinang bebas dari banjir,” kata Ahmad Zahid ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan, di Kuala Lumpur pada semalam, lapor Malaysiakini.

“Tetapi apa yang berlaku adalah sesuatu yang Tuhan tunjukkan, bahawa inilah waktu terbaik untuk kita ambil balik kerajaan Pulau Pinang,” katanya lagi

Ketika banjir tersebut melanda, Zahid yang juga menteri dalam negeri dan pengerusi jawatankuasa kabinet mengenai bencana negara dilihat antara pemimpin BN terawal yang ke negeri itu.

Dalam pada itu Zahid turut mengingatkan agar mana-mana pihak tidak mempolitikkan bantuan yang diberikan akibat banjir di Pulau Pinang, dan berkata tindakan tersebut akan dihukum pengundi.

“Adakah kita politikkan isu itu? Tidak sama sekali. Adakah kita mahu menggunakan segala yang berlaku dan ambil kesempatan untuk membantu mangsa banjir kerana politik? Bukan semua perkara boleh dipolitikkan.

“Tetapi jika ada pihak yang mempolitikkan semua perkara, tunggulah. Rakyat akan hukum,” katanya. 

Sementara itu di media sosial, netizens menyindir kenyataan Zahid itu dengan insiden banjir di Putrajaya yang pernah berlaku pada tahun lepas.

“Masin mulut Zahid Hamidi. Siri Bercakap Dengan Tuhan Edisi Putrajaya. Inilah petandanya. LOL,” kata pengendali twitter yang menggunakan nama Tuanbro November Bae.

Tweetnya itu dikongsikan sebanyak 133 kali setakat ini.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons