November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


 Timbalan Ketua Amanah Batu, Tarmizi Mat Jam membidas MP parti suci Bukit Gantang, Idris Ahmad,  kerana memfitnah, putar belit, flip plop. Idris dalam kenyataannya di sini antara lainnya berkata :

“PAS ada sikap yang tersendiri. RUU 355 PAS sokong kerana manfaat kepada ummah. Walaupun Pakatan Harapan menolak.” 

Tarmizi menasihatkan Idris seorang yang bergelar Ustaz supaya bercakap benar kerana tiada apa yang rugi.

 Tarmizi berasa pelik bagaimana Idris boleh mendakwa PH tolak RUU 355 sedangkan ianya tidak pernah ada undi belah bahagi dibuat lagi. Malah ketua parti suci itu sendiri (Hj Hadi) terus lunak menangguh-nangguhkan bahasannya di Parlimen.

 Sementara itu, Ahmad Muslim Badawi Badawi dalam ulasannya tentang sikap MP-MP Pas yang berkecuali dalam undian Bajet petang kelmarin menulis  :

Semalam 11 Ahli parlimen PAS berkecuali dalam undian Bajet regim Najib di Parlimen, semua MP Pembangkang dari PH menolak Bajet tersebut.. pepatah Arab ada sebut..

 السُّكُوْتُ عَلَامَةُ الرِّضَا 

Diam tandanya bersetuju..

 Selama ini pun depa redha dgn kezaliman BN dan Najib.. tapi takpa lah.. dalam PRU 14 ni, Rakyat pula akan berkecuali dgn depa.. PRU 14 ini InsyaAllah, Rakyat pulak akan diam kan depa..

 Ustad Idris yg menipu pasal PH tolak RUU 355, toksah dok tambah koleksi fitnah, RUU 355 jgn kata sesi pengundian lulus usul, Peringkat perbahasan usul pun belum lagi.. tu baru peringkat usul..belum kerajaan bawa lagi..

 lagi menipu kalau tolak Bajet Sekolah, jalan raya , bantuan kerajaan takda peruntukan, itu pun satu kenyataan dangkal, kalau nak kira bab ekonomi..Rafizi pemimpin PH jauh lebih tahu.. isu tolak Bajet bukan tolak Peruntukan..Hatta Parlimen tergantung dan terbubar pun Kerajaan masih berfungsi..

 kita bukan takda YDP Agong..menolak bajet ia satu bentuk simbolik penolakan atau hilang kepercayaan dewan rakyat dan parlimen kepada perdana Menteri pimpinan Najib..

 Kalau mcm tu PAS toksah lawan UMNO lah.. lebih banyak kebaikan dan kerja2 islam yg UMNO buat berbanding PAS.. kalau PAS lawan UMNO umpama PAS lawan semua kebaikan UMNO.. tapi ngan DAP ngan PH rajin pulak depa lawan..depa fitnah, apa PH takda kebaikan langsung ker..

 Berkecuali tu lah tanda taat setia depa pada UMNO jer lah..



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons