November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


 

Mereka mendakwa usul baharu itu tidak adil kepada usul asal yang bertujuan untuk mengawal pembangunan lereng bukit.

jahara-hamid-bangunan-dun-penang

GEORGE
TOWN: Sembilan Adun Barisan Nasional (BN) hari ini melangkah keluar
dari Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selepas usul mereka tentang
larangan pembangunan lereng bukit diubah oleh kerajaan negeri.

Usul yang baharu diubah meletakkan larangan pembangunan lereng bukit
pada bahu kerajaan persekutuan, melalui jawatankuasa keselamatan bersama
dengan kerajaan negeri.

Wakil rakyat BN berkata urusan tanah seharusnya kekal atas perintah
kerajaan negeri, bukan kerajaan persekutuan. Mereka juga berkata usul
baharu itu tidak adil kepada usul asal, yang bertujuan mengsawal
pembangunan.

Sembilan Adun BN kemudian meninggalkan Dewan sebagai protes. Seorang
lagi wakil rakyat BN, Adun Bayan Lepas Nordin Ahmad tidak hadir.

“Inilah yang kamu panggil politik kotor. Wakil rakyat Pakatan Harapan menindas suara minoriti di dalam Dewan.

“Mereka khianat dengan melakukan pindaan. Dengan pindaan itu, mereka menjadikan usul itu usul mereka.

“Sebagai tanda proses, kami keluar Dewan,” kata Ketua Pembangkang
Datuk Jahara Hamid kepada pemberita di luar Dewan Undangan Negeri.

Usul itu pada mulanya dicadangkan Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong).

Beliau meminta sebuah usul dikemukakan untuk menghalang semua
pembangunan lereng bukit, memandangkan kejadian banjir kilat yang
berlaku di negeri itu.

Beliau juga menggesa rancangan saliran yang berkesan disediakan
terlebih dahulu, dengan jaminan daripada pemaju yang mereka akan
bertanggungjawab untuk sebarang kejadian banjir yang mungkin berlaku di
masa depan. Keizinan akan diberikan hanya selepas perkara itu dipenuhi,
tambahnya.

Farid turut mencadangkan projek pembangunan di tanah pada ketinggian
melebihi 76m dilarang.

Semua pembangunan di masa depan mesti mematuhi
panduan perancangan bandar rasmi iaitu Rancangan Struktur Negeri.

Usul itu dimasukkan ke dalam aturan mesyuarat Dewan Undangan Negeri.
Bagaimanapun usul itu diubah, dan versi baharu itu dibacakan pada
penghujung sesi.

 
Perubahan paling ketara pada usul itu ialah pembentukan sebuah
jawatankuasa bersama untuk menangani implikasi perubahan iklim, dan
tambahan pemantauan “lebih ketat” ke atas projek di “kawasan sensitif”.

Jawatankuasa bersama itu, dianggotai wakil kerajaan negeri dan
persekutuan, akan mengadakan audit ke atas semua projek pembangunan di
Pulau Pinang, bagi memastikan penguatkuasaan keselamatan yang lebih baik
di tapak pembinaan.

Farid berkata usul baharu itu nampaknya meletakkan beban pembangunan
lereng bukit pada kerajaan persekutuan, tetapi hakikatnya, semua urusan
tanah bawah kuasa kerajaan negeri.

“Ini bukan kali pertama mereka ubah usul kami. Kerajaan negeri menggunakan kuasa majoriti untuk mengubah usul itu.

“Pertama sekali, mereka bersetuju dengan usul kami. Usul kami
diluluskan oleh speaker. Selepas itu, mereka kemudian ubah usul ikut
suka mereka.

“Ini tidak baik sama sekali. Walaupun dibenarkan undang-undang, tetapi salah dari segi moral,” katanya.

Sebelum melangkah keluar, Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon
(PKR-Pantai Jerejak) membacakan apa yang sepatutnya menjadi usul Farid.

Speaker Law Choo Kiang (PKR-Bukit Tamban) memanggil undian, dan semua
29 wakil rakyat PH dan seorang daripada PAS bangun menyokong.

Farid kemudian bangun dan berkata beliau menolak usul itu kerana ia “ciplak”.

Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) bagaimanapun berkata tiada ciplak kerana Dewan berhak mengubah mana-mana usul.

Jahara (BN-Telok Ayer Tawar) kecewa usul itu diubah kerana niat asal usul itu secara asasnya tiada lagi.

Lim, Farid dan Jahara kemudiannya berdebat mengenai hak meminda usul.

Semasa wakil rakyat BN melangkah keluar, Lim memberi amaran kepada mereka supaya jangan tinggalkan Dewan.

“Jangan lari. Pengecut,” katanya, disambut oleh wakil rakyat PH lain yang turut mengkritik wakil rakyat BN.

Selepas BN meninggalkan Dewan, speaker berkata semua usul dicadangkan dan dibahas mengikut aturan Dewan.

Beliau berkata beberapa usul kerajaan juga ditolak dan beliau berlaku adil pada semua.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons