November 25, 2017
You can use WP menu builder to build menus


LAPORAN berita tentang kekalahan 1 — 4 pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya kepada Korea Utara dalam Akhbar Kosmo hari ini mengundang kekecohan apabila akhbar itu menukar nama “Harimau Malaya” kepada “Sotong Malaya”.

Tajuk pedas “Sotong Malaya dibelasah lagi 1 – 4” oleh akhbar Kosmo itu mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial dan beberapa forum terkenal di internet.

Seorang forumer, Perfect Stranger di Forum Lowyat menyifatkan tajuk itu mahu mencetuskan perbalahan dengan kesultanan Johor.

“They really want to start a fight with Johor Sultanate, I wonder behind media to put this title (mereka betul-betul nak mulakan perbalahan dengan Kesultanan Johor, saya tertanya-tanya siapa di belakang media yang letak tajuk ini)” tulis Perfect Stranger.

“Bagai api disimbah petrol,” kata seorang lagi forumer menghunakan nama pandera999.

Segelintir netizen pula beranggapan, tajuk “bikin panas” itu sekadar taktik murahan Akhbar Kosmo bagi melariskan jualannya melalui tajuk sensasi, sedangkan isinya tiada apa yang menarik.

Akhbar itu hari ini melaporkan Skuad Harimau Malaya terus hilang taring apabila dimalukan buat kali kedua oleh Korea Utara menerusi jaringan sama 1 — 4 pada aksi timbal balik kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-mobile, Buriram Thailand malam tadi.

Eksperimen dilakukan oleh pengendali Nelo Vingada memberi peluang kepada empat pemain muda Adam Nor Azlin, Ahmad Khairil Anuar, Syafiq Ahmad, dan Amirul Azhan beraksi dalam kesebelasan utama disifatkan oleh akhbar itu sebagai “memakan diri”

Kekalahan kali keempat daripada lima perlawanan menutup peluang Malaysia untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Asia di emiriyah Arab Bersatu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons