November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


MANGSA banjir di Balik Pulau, Pulau Pinang terima bantuan tilam dan bantal yang ditampal penuh dengan muka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nampaknya pihak yang memberi bantuan ini, benar-benar takut jika penerima bantuan dan orang ramai tidak tahu bahawa bantal dan tilam itu adalah bantuan dari Najib.

Lihat sahajalah keseluruhan bantal yang diberi, penuh dengan logo yang mempunyai muka Najib, manakala tilam pula sampai tiga muka Najib ditampal di atas permukaan yang sama.

Namun ada cerita yang tidak sedap tentang tilam dan bantal ini. Salah seorang blogger veteran Umno mempersoalkan keikhlasan pihak yang memberi bantuan.

Tilam yang diberi dakwanya hanyalah tilam sponge biasa namun dibalut agar nampak seperti sebuah tilam yang mahal, sebelum ditampal lgo.

Perkara itu dakwanya dapat dibuktikan apabila, 5 buah tilam boleh diangkat oleh dua orang dengan bersahaja (ringan).

Blogger itu turut mengungkit kisah powerbank isi pasir yang diberikan oleh Umno kepada Cybertrooper mereka.

tilam muka najib

Jika anda tertinggal cerita itu sila klik link di bawah

LINK — Bukti Umno bagi cybertrooper powerbank isi pasir



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons