November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus



Belum pun reda isu Zamihan mengkritik AJK surau kerana menumpangkan mangsa banjir, kini tular satu lagi video yang memaparkan kenyataan Zamihan mengkritik tindakan Najib yang mewujudkan KSCIP sebagai ‘kurang cerdik’.


Dalam video tular itu, Zamihan berkata pentadbiran Najib “kurang cerdik” kerana memberikan tanah seluas 16 hektar kepada Arab Saudi untuk membina Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Putrajaya.

Menurut Zamihan, kerjasama Malaysia dengan Arab Saudi untuk melawan pengganas Daesh itu tidak realistik kerana negara itu sendirilah yang melahirkan Daesh. 

Katanya, Malaysia tidak memerlukan Arab Saudi untuk memulihkan tahanan militan kerana agensi sedia ada dalam negara sudah mencukupi.


“Kita dah ada polis, dah ada Kementerian Dalam Negeri (KDN), dah ada Jabatan Penjara, dah ada institusi keselamatan yang lain seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN).  

“Dah cukup dah. Kenapa kita nak bergantung kepada Saudi untuk counter Daesh? Saudi sendiri yang melahirkan Daesh,” soalnya, dalam rakaman video sepanjang 2 minit 27 saat yang disebarkan melalui akaun Facebook Sasaran Berita.


Zamihan turut mempersoalkan apakah Malaysia “terhutang budi” kepada Arab Saudi melalui bantuan kewangan dan persefahaman mengenai kuota haji maka negara itu dipelawa membuka pusat keamanan global itu di negara ini dan diberi tanah seluas 16 hektar.


Bagi saya tindakan PM ini bukan tindakan cerdik. Nak ambil tindakan kepada saya penjawat awam, silakan. Kita negara demokrasi,” katanya dalam klip yang tersebar itu.


Untuk rekod, idea penubuhan KSCIP dibincangkan dalam lawatan Raja Salman ke Malaysia pada Februari 2017. Pusat itu beroperasi di pejabat sementara di Kuala Lumpur sejak akhir Mei lalu.


Mengulas kontroversi yang terbaru itu, Zamihan menulis dalam satu kenyataan di Facebooknya bahawanya beliau akan mengambil tindakan saman terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan dakwaan tidak benar terhadap dirinya.


Memulakan bicara dengan tajuk, “AWASI TAKTIK KOTOR MEDIA LIBERAL”, Zamihan menjelaskan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengedit video ceramahnya untuk membayangkan beliau menghina Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengedit video ceramah saya sekerat demi sekerat untuk mentohmah dan memfitnah saya. Kononnya saya melakukan penghinaan kpd YAB PM berhubung isu penubuhan KCSIP di Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan. 

Sebenarnya tidak sama sekali.

Saya cukup menghormati YAB Dato Sri Mohd Najib sebagai pemimpin no 1 negara. Wala’ saya tetap bersama beliau sebagai Government of the day.

Sedarlah bahawa memberi pendapat @ mengkritik bukan beerti menghina. 

Tak setuju tak mengapa. Namun kuasa mutlak tetap berada ditangan pemerintah :
حكم الحاكم يرفع الخلاف

Ceramah sebenar saya merupakan pengajian kitab Sifat Solat Nabi Yg Sahih berdurasi 1 jam, 30 minit dan 19 saat itu sengaja diedit dan diviralkan semula menjadi 2 minit 27 saat,” jelasnya lanjut. 

Motifnya jelas bagi melaga-lagakan saya dgn para pemimpin negara. Bertaqwalah kepada Allah dan berlaku adillah dalam menilai sesuatu berita.

Sebenarnya, ceramah itu diadakan pada bulan Julai lalu disebuah masjid. 

Ia bukannya diadakan selepas kenyataan YAB TPM berkaitan bidang kepakaran saya sama sekali. Mereka yang memfitnah dan mengadu domba tidak layak masuk syurga. (Al-Hadith). 

“Kesimpulannya, jika tiada fakta janganlah melakukan auta. Atau melakukan taqawwul (pembohongan) ke atas saya. Saya tidak teragak2 utk membuat laporan polis dan mengambil tindakan saman ke atas pemfitnah berkenaan,” katanya lagi mengakhiri kenyataan tersebut. 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons