November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Sidang media yang di adakan di Pejabat PPBM Batu Gajah Kampung Tersusun Jalan Gopeng Batu Gajah Perak hari ini benar benar membuatkan Muhyiddin, Mukhriz dan Tok Wan termanggu sejenak.

Hari ini sah lah sudah Ketua Bahagian Penaja PPBM Batu Gajah Mohd Shirin Adenan mengumumkan perletakan jawatan dan keluar parti sebentar tadi dan diikuti oleh 18 AJK  bahagian. Manakala ahli-ahli nya seramai 1125 orang turut mengambil tindakan yang sama dengan meninggalkan parti tersebut.

Kesemuanya sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti yang mempunyai kepentingan peribadi dan diperdaya akan ahlinya.

Tun Mahathir cakap tak serupa bikin. Tambah lagi dengan pendedahan demi pendedahan kekayaan keluarga Mahathir yang mewah dan mengkayakan kaum keluarga dan kroni sepanjang 22 tahun pemerintahan nya.

Wabak kemusnahan parti cap bunga layu ini ibarat wabak penyakit yang menyerang haiwan ternakan seperti ayam itik dan haiwan-haiwan lain. Teringat juga wabak penyakit yang menyerang burung dan babi. berjangkit dari satu negeri ke negeri dan merebak ke luar negar

Wabak penyakit keluar parti PPBM berlaku di semua negeri di semenanjung.  Di Perak PPBM tak puas hati kerana sikap pemimpin atasan mempunyai kuasa veto dalam pemilihan ketua bahagian.  PPBM hilang kepercayaan terhadap pegawai khas Mukhriz yang merampas kuasa Pengerusi Perak.

PPBM Perak juga akur dengan desakan pakatan pembangkang yang mahukan Peja Azumu menjadi Pengerusi Negeri.  Peja hanya budak suruhan Mukhriz dan tidak mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan dan politik.

Mohd Shirin hairan atas apa alasan Peja dipilih menjadi ketua peringkat negeri sedangkan dia seorang yang tidak berpengalaman untuk menjadi pemimpin.

Mohd Shirin juga dituduh menjadi orang Dato Midah oleh Peja.  



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons