November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Penjawat Awam. Emolumen Naik 150 Peratus vs Pendapatan Negara Naik Hanya 57 Peratus

Bilangan penjawat awam di Malaysia antara yang tertinggi di dunia.

penjawat awam

Kerajaan Malaysia dilihat berada dalam dilema samada mahu mendapat terus pengaruh dan sokongan dikalangan penjawat awam sebagai kesinambungan untuk mengekalkan kuasa melalui undi pilihanraya umum ataupun melakukan sesuatu bagi mengelakkan lonjakan perbelajaan menguruskan saiz yang besar dalam sektor awam.

Natijahnya cukup besar, kerajaan terpaksa menganggung akan penjawat awam dan tidak memotong angka, negara akan menanggung hutang domestik dan asing yang lebih besar.

Kos perbelanjaan dilihat mula melonjak secara mendadak sejak datuk Seri Najib Razak diberikan tanggungjawab memimpin Malaysia berbanding pada era Tun Abdulllah dan Tun Mahathir Mohamad.

Jikalau mahu dibuat perbandingan nisbah antara rakyat dengan kakitangan awam di negara kita, Malaysia lebih tinggi berbanding negara lain dibandingan dengan China, Rusia, Singapura, Jepun, Singapore, Korea Selatan.

Negara Nisbah
Malaysia 1:19.37
Jepun 1:28
Korea Selatan 1:50
Singapura 1:71.4
Rusia 1:84
China 1:108
Indonesia 1:110
United Kingdom 1:118

Kita akan mengatakan perbandingan tidak adil kononnya Singapura adalah negara yang kecil tetapi bagaimana pula dengan China, Indonesia, United Kingdom dan negara Rusia.

Hakikatnya hari ini, kita terpaksa membelanja sejumlah RM74 bilion semata-mata untuk memelihara jumlah penjawat awam di Malaysia. Ya, sesuatu perlu dilakukan.

Jumlah Penjawat Awam Terus Meningkat Naik

Semakin besar saiz sektor awam, semakin bertambah birokrasi yang ada dan semakin terdedah kepada gejala rasuah. Berdasarkan rekod, bekas Presiden Cuepacs Malaysia pernah membongkarkan yang mana bersumber Laporan Barometer Rasuah Global 2009, sejumlah 41 peratus dari saiz kakitangan awam di Malaysia terlibat dalam rasuah.

Tahun Jumlah penjawat awam
1995 670 ribu
1996 669 ribu
2001 719 ribu
2002 781 ribu
2005 924 ribu
2008 974 ribu
2009 1.015 juta
2010 1.039 juta
2011 1.061 juta
2012 1.074 juta
2013 1.138 juta
2014 1.201 juta
2015 1.268 juta

Lihat sahaja jumlah Jabatan Perdana Menteri yang terus bertambah dari 21 ribu kepada 43 ribu. Sedangkan negara polis dunia, Amerika Syarikat hanya memerlukan 1,888 kakitangan sahaja.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani selaku Timbalan Menteri Ekonomi sendiri melahirkan kebimbangan dan memberikan amaran jumlah akan terus meningkat sehingga boleh terus mengurangkan dan menjejaskan pendapatan dan hasil negara Malaysia

Berdasarkan rekod emolumen sektor kerajaan (gaji, elaun, faedah) telah naik kepada 138 peratus dari tahun 2007 hingga tahun 2017. Tetapi, pendapatan kerajaan Malaysia hanya naik sekadar 57 peratus sahaja.

Tahun Jumlah pendapatan kerajaan Malaysia
2007 RM139.9 bilion
2017 RM219.7 bilion
Tahun Jumlah pembayaran gaji penjawat awam
2003 RM22 bilion
2007 RM32.5 bilion
2016 RM74 bilion
2017 RM77.4 bilion
Tahun Jumlah pembayaran pencen pesara kerajaan
2003 RM5.9 bilion
2016 RM19 bilion

Antara yang pernah gusar dan mengutarakan masalah saiz penjawat awam di Malaysia :

  • Mohammad Sherif Kassim, bekas ketua setiausaha Kementerian Kewangan
  • Abdul Razak Baginda dari Pusat Hal Ehwal Global Malaysia
Perkara Butirannya
Jumlah Penjawat awam di Malaysia 1.6 juta
Sejarah bonus penjawat awam KLIK SINI

Masuk atau tidak Polis, tentera, guru dalam jumlah kakitangan di sektor awam, kerisauan utama ramai adalah jumlah perbelanjaan terhadap sektor awam terus meningkat naik dari tahun ke tahun. Persoalannya sampai bila?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons