November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Bajet 2018 diluluskan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam dengan undian 107 daripada 222 anggota parlimen menyokong. 

Sebanyak 59 anggota parlimen menentang Rang Undang-Undang Perbekalan 2018, sementara 11 berkecuali. Agak pelik apabila 59 Ahli Parlimen Pakatan Harapan menolak Bajet 2018 berkenaan kerana:

Pertama, Ahli Parlimen Pulau Pinang menolak Bajet 2018 sedangkan pada 05/11/2018 yang lalu, kita dapat melihat bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang teresak-esak meminta bantuan Timbalan Perdana Menteri untuk menghantar tentera membantu mangsa-mangsa banjir. 

Pesoalannya, sekiranya Bajet 2018 tidak diluluskan, bagaimana Kerajaan hendak membayar gaji kakitangan awam termasuk anggota tentera yang Joseph Lim Guan Eng minta tolong?

Kedua, sewaktu pembentangan Bajet 2018, riuh rendah pemimpin Pakatan Harapan menuduh Kerajaan Pusat telah meniru dan menciplak bajet yang telah mereka bentangkan sebelum ini. Apabila undian Bajet 2018 dilakukan, mereka tolak pula.

Persoalannya, bukankah sepatutnya Ahli Parlimen Pakatan Harapan menyokong dan menerima baik bajet yang dibentangkan oleh Kerajaan Pusat? Sendiri punya idea bajet (kononnya) pun hendak tolak ka? 


Ketiga, apabila Bajet 2018 diumumkan oleh Perdana Menteri, Joseph Lim Guan Eng sangat gembira kerana ada peruntukkan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Pinang. Joseph Lim Guan Eng berkata beliau sudah lama menunggu untuk projek ini. Baca di sini


Namun, apabila undi untuk luluskan Bajet 2018 di parlimen, semua ahli parlimen Pakatan mengundi untuk menolak Bajet 2018. Gilakah mereka ini?

Menjadi pembangkang di Malaysia syarat utama mesti membangkang dengan bodoh dan membuta tuli. Begitulah krisis mental yang kronik dan serius yang dialami oleh pemimpin pembangkang di Malaysia.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons