November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Kalau tidak memfitnah bukan pembangkang namanya. Pembangkang sejak dua hari lepas menyebarkan gambar Menteri Pelajaran, DS Mahdzir Khalid yang berjalan di atas meja yang disusun di sebuah sekolah di Seberang Prai Utara, kononnya kerana takut meredah air banjir dan takut kasutnya basah. Perbuatan beliau turut dibandingkan dengan gambar pembesar dan kenamaan lain yang sedang meredah banjir.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah initiatif guru-guru di sekolah berkenaan yang menyusun meja-meja untuk kemudahan pelajar-pelajar ke dewan peperiksaan bagi mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Meja berkenaan yang disusun di pekarangan sekolah itu turut digunakan guru dan pelajar ketika mereka dipindahkan dari pengangkutan ke dewan peperiksaan.

Meja tersebut sudah disusun apabila berlaku banjir sehingga paras paha di sekolah itu untuk pelajar dan guru berjalan ketika dipindahkan oleh kenderaan ke dewan masing-masing. Meja tersebut bukan disediakan khas untuk DS Mahdzir Khalid ketika lawatan itu. Malah, lawatan tersebut juga tiada dalam jadual DS Mahdzir Khalid kerana kebetulan berada di Pulau Pinang, beliau menyatakan hasrat untuk melawat calon yang menduduki peperiksaan SPM di sekolah berkenaan.

Untuk memuaskan hati macai-macai pembangkang, CTS sertakan video di bawah yang mana Menteri Pelajaran dengan selamba meredah banjir semasa lawatan beliau ke sekolah-sekolah.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons