November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Sebaik sahaja jenazah ibunya diangkat anggota polis, dia lalu berpelukan dengan dua adiknya, Mohamad Alif Nasrullah,14, dan Aidid Mustaqim, 12, yang turut tiba di lokasi tidak lama sebelum itu. 

Menurut Noor Mas Idayu, dia mengetahui mengenai kejadian itu apabila dihubungi rakannya kira-kira pukul 11.40 pagi. 

“Mulanya, memang saya sukar untuk terima apa yang berlaku kerana pada sebelah pagi, kami sama-sama menjaga kedai yang menjadi punca pendapatan keluarga. 

“Emak tiada penyakit dan saya tak tahu bagaimana dia boleh terjatuh dari motosikal. Melihatnya meninggal dunia di riba saya dalam keadaan saya akan berkahwin pada awal Disember depan, sememangnya amat menyedihkan,” katanya. 

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid ketika dihubungi memaklumkan, kejadian itu turut menyebabkan seorang lagi penunggang motosikal yang berada di belakang Marizun cedera di lutut kerana turut terjatuh ketika cuba mengelak daripada melanggar mangsa. 

“Walaupun kedua-duanya terjatuh, namun siasatan awal mendapati tidak berlaku sebarang pelanggaran antara mereka. Kejadian itu sehingga kini masih disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons