November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


SYDNEY 15 Nov. – Ketua pasukan, Mile Jedinak menyempurnakan dua sepakan penalti dan memberi tekanan kepada pemain lawan hingga menjaringkan gol sendiri untuk membantu Australia mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2018 di Rusia menerusi agregat 3-1 ke atas Honduras di sini, hari ini.

Pemain tengah Aston Villa itu yang terlepas kempen terakhir kelayakan Asia akibat kecederaan membuka jaringan pada minit ke-54 selepas sepakan percuma yang diambilnya terkena pemain lawan, Henry Figueroa sebelum bola memasuki gawang.

Dia menceriakan kira-kira 77,060 penonton di Stadium ANZ apabila menjadikan kedudukan 2-0 dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-72 selepas pengadil dari Argentina, Nestor Pitana menghadiahkan penalti kerana bola terkena tangan Bryan Acosta.

Tuan rumah dihadiahkan satu lagi penalti pada minit ke-85 yang disempurnakan dengan baik oleh Jeninak untuk membawa Australia melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali keempat berturut-turut.

Gol saguhati Honduras diperoleh pada waktu kecederaan menerusi penyerang, Alberth Elis.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam playoff pertama di San Pedro Sula pada Jumaat lalu. – AGENSI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons