November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan sebentar tadi memerintahkan Datuk V.K.
Lingam menjalani hukuman penjara enam bulan selepas didapati bersalah
menghina mahkamah berhubung dakwaan serius seorang hakim memplagiat
penghakiman satu kes sivil.

 

Bekas peguam itu tidak hadir di mahkamah mahupun diwakili oleh peguam
hari ini. Beliau dilaporkan sedang menjalani rawatan di sebuah pusat
perubatan di Amerika Syarikat (AS) sejak tahun 2013.

 

Keputusan itu dicapai oleh panel lima hakim bersidang diketuai oleh Tan
Sri Abu Samah Nordin selepas mendengar penghujahan Peguam Kanan
Persekutuan, Alice Loke yang mewakili Peguam Negara. 

 

Hakim Abu Samah ketika menyampaikan keputusan itu berpuas hati bahawa
bekas peguam tersebut disabitkan dengan tindakan menghina mahkamah dan
wujud alasan yang kukuh bagi memerintahkannya menjalani hukuman penjara.

 

Keputusan sebulat suara itu turut dicapai oleh Tan Sri Ramly Ali, Tan
Sri Azahar Mohamed, Datuk Balia Yusof Wahi dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok
Wha.

 

Pada 21 November tahun lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan seramai
21 individu membayar denda berjumlah RM2.15 juta selepas mereka
disabitkan atas tuduhan menghina mahkamah berhubung dakwaan yang sama.

 

Mereka terdiri daripada seorang peguam, A. S. Thisinayagam yang
dikenakan denda RM150,000 atau penjara setahun manakala 20 lagi individu
didenda RM100,000 atau penjara lapan bulan setiap seorang. 


 

Lingam yang turut dikenakan dakwaan yang sama, tidak hadir di hadapan
panel bersidang ketika itu kerana masih menerima rawatan perubatan di AS
manakala tiga yang lain juga tidak hadir kerana sedang dirawat ekoran
masalah kesihatan.

 

Prosiding menghina mahkamah itu dikemukakan oleh Peguam Negara bagi
menggantikan pemohon asal, Ooi Woon Chee dan Ng Kim Tuck yang merupakan
dua penyelesai bagi Kian Joo Holdings Sdn. Bhd. (KJH), selepas
kedua-duanya tidak meneruskan prosiding itu terhadap para responden.


 

Selain Lingam, mereka terdiri daripada 12 individu termasuk bekas
pengarah urusan kumpulan Kian Joo Can Factory Bhd. (KJCF), Datuk See
Teow Chuan yang merupakan penyumbang majoriti Kian Joo Holdings.
Thisinayagam dan 11 lagi individu yang merupakan penyumbang minoriti
KJH.


 

Pada 5 Januari 2012, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang
memihak kepada dua penyelesai KJH itu untuk meneruskan penjualan 146.13
juta saham Kian Joo yang dipegang oleh KJH kepada Can-One Bhd. bagi
RM241.12 juta. – UTUSAN ONLINE.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons